Gunung berapi Eyjafjallajökull, Iceland, meletus


Letusan wap dari glasier yang terletak di atas gunung berapi Iceland, gambar dari udara yang diambil pada 14 April,2010, oleh Icelandic Coast Guard.

Suhu yang tinggi mencairkan blok ais setebal 650 kaki (200 meter) dengan pantas di atas rekahan, yang merupakan sebahagian dari gunung berapi Eyjafjallajökull. Dikhuatiri banjir, para pegawai memindahkan lebih kurang 800 orang penduduk tempatan pada tanda-tanda awal dari letusan kedua, kata Pall Einarsson, seorang ahli geofizik dari University of Iceland’s Institute of Earth Sciences. Laporan awal membayangkan cairan ais meningkatkan aras sungai tempatan setinggi 3 meter. Sebuah jalan utama telah ditutup dengan air terus mengalir deras ke laut. Tiada kecederaan dilaporkan.


Letusan lava yang pertama berlaku pada 21 March, 2010. Seminggu dari tarikh itu, ramai orang mula mengujungi kawasan kejadian. Polis menganggarkan bahawa lebih dari 25,000 pelawat dari serata tempat telah melawat Eyjafjallajökull, menurut agensi berita Reuters.


Ulasan