Apahal pulak line P1 Wimax ni

Dah hampir 4 bulan aku berlanggan dengan P1 wimax. Hari pertama aku guna ‘line’ dia phh.. best! Klik saja alamat di bookmark, sepantas kilat mukasurat webnya muncul di skrin komputer ku. Tengok klip YouTube pun lancar macam tengok tv. Pada bulan kedua dan ketiga boleh dianggap okay lagi. Kalau ada masalah pun sekejap2 saja. Tapi masuk bulan ni.. alamak, dah seminggu line bermasalah. Macam ada ’spot’. 15 minit OK, setengah jam KO. 10 minit macam arnab, 1 jam macam kura-kura. Amende le.. Aku telefon careline, diaorang kata kemungkinan berpunca dari ‘wifi adapter’, jadi aku klik ikonnya di bawah sebelah kanan skrin.. tertera,’connected, excellent’. Kemudian diaorang suruh aku ejas kedudukan kotak hitam empat segi tu (modem wimax).. padahal kat situ lah aku letak benda tu sejak dari mula aku gunakan wimax. Aku cuma kata,”nanti saya cuba.. terimakasih.” Masalah yang sama berlaku semasa aku gunakan Celcom Broadband sebelum ini. Bila aku bertanya penyambut panggilan tak akan jawab.. “sebenarnya sambungan internet kami sedang ‘congested’ kerana pelanggan kami terlalu ramai melebihi keupayaan servis yang kami ada.”

Ulasan

P1Buddy berkata…
Hi there,

Just to drop by and say Hi.. eventually we are from P1 online social media team. We had just gone thru your blog and notice that you had experience issue with your connectivity. Therefore, we would like you to provide us ur p1 acc number for further assistance.

We sincerely would like to apologize for any inconvenience that we had caused.

Do feel free to let us know if you need any help.

have a nice day ahead.

best regards,
P1 Buddy
Digital Care Team
talktous@p1.com.my
1300 800 888