Terlajak kata atau motivasi (?)

Seorang guru Mathematik memarahi seorang anak murid nya kerana tidak dapat menjawab satu soalan mudah, "Awak ni memang bodoh, tolol.. soalan macam tu mudah pun tak boleh jawab." Murid-murid lain terdiam saja mendengar guru berkenaan sedang marah. "Kalau lah awak boleh lulus ujian bulanan akan datang ni, saya akan makan kasut awak!" kata guru itu lagi.

 A few days later..

Beberapa hari selepas peperiksaan, murid 'bodoh' itu datang ke sekolah dengan membawa sebotol sos tomato, lalu diberikan kepada guru Mathematik tersebut di hadapan kelas. Guru itu hairan, lantas bertanya, "Kenapa awak beri saya sos tomato?" Dengan selamba murid itu menjawab, ".. untuk memudahkan cikgu memakan kasut saya." !!

Gambar hiasan. Hidangan kek yang betul-betul menyerupai kasut. Kredit gambar: howtocookthat.net

Recycle dari catatan terdahulu (2010), dikemaskini.

Ulasan