Seperti biasa siang tadi aku menjalankan kerja aku memperbaiki mesin di kilang perabut. Bekerja dalam persekitaran yang berhabuk (habuk kayu) serta bermandi peluh memang selalu ku jumpa. Tapi hari ini cuaca berbahang tidak seperti biasa. Memandu pun terasa panas. Maklum lah kereta buruk aku tu takda penghawa dingin.
Pada pukul 1.30 ptg aku ke sebuah kilang (kilang sub) di Parit Bakar. Bangunan kilang tu boleh dikatakan kecil. Dengan bumbung yang rendah, ventilasi yang kurang dan sinar matahari yang memancar tepat ke dinding.. tak selesa langsung. Mesin yang rosak tu pulak terletak betul-betul kat tepi (dah lah dinding zing tu panas macam dinding salai). “Alamak.. jangankan buat kerja, berdiri kat situ pun boleh berpeluh,” kata-kata itu ter’pop-up’ kat kepala ku. Aku pun bertanya kepada salah seorang pekerja, “You tak panas ke kerja di sini?” Dia jawab, “No problem.” Agaknya pekerja di situ (lebih-kurang 15 orang rata-rata nya pekerja Bangladesh) dah kebal, tak rasa panas.
Semasa aku keluar dari kilang itu untuk mencari barang-ganti di bandar, panas terik matahari masih terasa walaupun jam sudah menunjukkan hampir pukul 3.00 ptg. Mungkin ini yang dikatakan kesan pemanasan global.
Dari apa yang pernah aku terbaca di internet, suhu purata bumi kita telah meningkat sebanyak 2.2 °F dalam tempoh 100 tahun kebelakangan. Perubahan yang paling ketara ialah dari tahun 80an hingga sekarang.
Sekiranya perubahan terus berlaku pada kadar yang sama, ahli sains meramalkan pada tahun 2099 ais kat Artik, Greenland dan Antartika akan cair menyebabkan paras laut meningkat sebanyak 7 meter. Kebanyakan tanah rendah di bumi akan tenggelam. Wah! ngeri tu.. Macam kita mungkin ya mungkin tidak boleh berjumpa tahun 2099 tu tapi anak cucu kita.. mereka akan hidup dalam suasana banjir dan suhu yang berkali lebih panas dari sekarang!
Kita tahu pemanasan global adalah masalah manusia sejagat tapi sehingga kini belum ada pun negara yang 'secara langsung’ bertindak mengekang masalah ini dari terus berlanjutan. Dari itu mulai sekarang kita nasihatkan je anak, cucu atau cicit dan kerabat-kerabat kita agar bekerja kuat mengumpul wang untuk membeli tanah kat Gunung Ledang ke, Cameron Highland ke, Gunung Kinabalu atau mana-mana tanah tinggi kalau boleh. Mana lah tau ramalan ahli sains itu benar berlaku, tak le anak cucu kita tinggal di rumah rakit..
Biasa nya bila langit cerah, cuaca panas dan tak mendung orang akan kata, cuaca baik. Tapi pada 2099 istilah ini dah tak sesuai.. “Untuk mengelak kulit dari melecur, semua aktiviti luar rumah hari ini dibatalkan kerana cuaca baik”???
Ada beberapa faktor yang membawa kepada pemanasan global. Antara nya ialah kesan greenhouse (rumah hijau?) serta pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan fosil.
Aku ada gugel maksud rumah hijau (greenhouse). Ini jawapan yang ku jumpa;
The greenhouse effect is defined as when the Earth's atmosphere becomes thick with gases and substances which trap the sun's radiation, making the Earth warmer. An example of the greenhouse effect is global warming.
Jelas, greenhouse bukan rumah. Dulu aku ingat greenhouse tu kuaters berwarna hijau yang pernah aku lihat kat estet-estet getah. Sekarang rumah-rumah berwarna hijau ni dah jarang nampak. Mungkin dah takda.
Sebut pasal pembakaran bahan fosil.. memang selalu berlaku di depan mata kita. Nak masak, nyalakan api dapur gas tu dah pun bakar bahan fosil. Ckik..ngik-ngik..ngik-ngik.. brooom.. hidup je enjin kereta aku tu maka keluar lah asap dari ekzos yang merupakan pelepasan karbon dioksida dan karbon monoksida. Setiap hari kita melihat berbagai jenis kenderaan di jalanraya mengeluarkan asap untuk didermakan kepada pemanasan global. Terdapat juga kilang-kilang yang menghasilkan asap yang banyak untuk disumbangkan secara eksklusif kepada yayasan yang sama. Kapal-kapal besar (kecuali kapal layar yang takda enjin), bot, tongkang dan sampan pun turut membakar bahan fosil bila bergerak (tidak kalau sampan yang pakai dayung).
Pendek kata kalau nak cerita tentang pelepasan karbon dioksida yang membawa kepada pemanasan global memang banyak, penat kang jari aku nak naip.. dari asap kereta, asap kilang, pembakaran hutan hingga lah nanti melarat pulak sampai ke orang bakar satay. Semua nya boleh terkait dengan pemanasan global. Jadi, baik aku berbalik kepada cerita aku ke bandar tadi.
Setelah mendapatkan barang-ganti (roller bearing) aku terus ke kilang itu semula. Tanpa menghiraukan apa-apa lagi aku terus membuat kerja ku, menukar bearing mesin tersebut. Lebih-kurang pukul 7.00 ptg.. siap.
Aku panggil supervisor untuk mencuba mesin (beberapa orang pekerja kilang kerja overtime, 5.30 ptg rehat, 6.00 ptg kerja sampai 9.00 malam). Dia pun ‘on’kan mesin ‘double planer’ tu dan masukkan 5-6 keping kayu kemudian dia belek-belek, raba-raba dan ukur depan-belakang tebal kayu yang keluar dari mesin.. “Okay”, dia kata.
Aku dengan segera mengambil buku dan terus buka bill (itu yang penting). Si supervisor tu 'sign' dan ambil kertas bill (paling cepat 1 bulan baru dapat payment). Tak tunggu lagi aku pun menghilangkan diri dari kilang itu untuk pulang ke rumah. Selesai kerja untuk hari ini.
Dah, kita tengok video pulak.
Pada pukul 1.30 ptg aku ke sebuah kilang (kilang sub) di Parit Bakar. Bangunan kilang tu boleh dikatakan kecil. Dengan bumbung yang rendah, ventilasi yang kurang dan sinar matahari yang memancar tepat ke dinding.. tak selesa langsung. Mesin yang rosak tu pulak terletak betul-betul kat tepi (dah lah dinding zing tu panas macam dinding salai). “Alamak.. jangankan buat kerja, berdiri kat situ pun boleh berpeluh,” kata-kata itu ter’pop-up’ kat kepala ku. Aku pun bertanya kepada salah seorang pekerja, “You tak panas ke kerja di sini?” Dia jawab, “No problem.” Agaknya pekerja di situ (lebih-kurang 15 orang rata-rata nya pekerja Bangladesh) dah kebal, tak rasa panas.
Dari apa yang pernah aku terbaca di internet, suhu purata bumi kita telah meningkat sebanyak 2.2 °F dalam tempoh 100 tahun kebelakangan. Perubahan yang paling ketara ialah dari tahun 80an hingga sekarang.
Sekiranya perubahan terus berlaku pada kadar yang sama, ahli sains meramalkan pada tahun 2099 ais kat Artik, Greenland dan Antartika akan cair menyebabkan paras laut meningkat sebanyak 7 meter. Kebanyakan tanah rendah di bumi akan tenggelam. Wah! ngeri tu.. Macam kita mungkin ya mungkin tidak boleh berjumpa tahun 2099 tu tapi anak cucu kita.. mereka akan hidup dalam suasana banjir dan suhu yang berkali lebih panas dari sekarang!
Kita tahu pemanasan global adalah masalah manusia sejagat tapi sehingga kini belum ada pun negara yang 'secara langsung’ bertindak mengekang masalah ini dari terus berlanjutan. Dari itu mulai sekarang kita nasihatkan je anak, cucu atau cicit dan kerabat-kerabat kita agar bekerja kuat mengumpul wang untuk membeli tanah kat Gunung Ledang ke, Cameron Highland ke, Gunung Kinabalu atau mana-mana tanah tinggi kalau boleh. Mana lah tau ramalan ahli sains itu benar berlaku, tak le anak cucu kita tinggal di rumah rakit..
Biasa nya bila langit cerah, cuaca panas dan tak mendung orang akan kata, cuaca baik. Tapi pada 2099 istilah ini dah tak sesuai.. “Untuk mengelak kulit dari melecur, semua aktiviti luar rumah hari ini dibatalkan kerana cuaca baik”???
Ada beberapa faktor yang membawa kepada pemanasan global. Antara nya ialah kesan greenhouse (rumah hijau?) serta pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan fosil.
Aku ada gugel maksud rumah hijau (greenhouse). Ini jawapan yang ku jumpa;
The greenhouse effect is defined as when the Earth's atmosphere becomes thick with gases and substances which trap the sun's radiation, making the Earth warmer. An example of the greenhouse effect is global warming.
Jelas, greenhouse bukan rumah. Dulu aku ingat greenhouse tu kuaters berwarna hijau yang pernah aku lihat kat estet-estet getah. Sekarang rumah-rumah berwarna hijau ni dah jarang nampak. Mungkin dah takda.
Pendek kata kalau nak cerita tentang pelepasan karbon dioksida yang membawa kepada pemanasan global memang banyak, penat kang jari aku nak naip.. dari asap kereta, asap kilang, pembakaran hutan hingga lah nanti melarat pulak sampai ke orang bakar satay. Semua nya boleh terkait dengan pemanasan global. Jadi, baik aku berbalik kepada cerita aku ke bandar tadi.
Setelah mendapatkan barang-ganti (roller bearing) aku terus ke kilang itu semula. Tanpa menghiraukan apa-apa lagi aku terus membuat kerja ku, menukar bearing mesin tersebut. Lebih-kurang pukul 7.00 ptg.. siap.
Aku panggil supervisor untuk mencuba mesin (beberapa orang pekerja kilang kerja overtime, 5.30 ptg rehat, 6.00 ptg kerja sampai 9.00 malam). Dia pun ‘on’kan mesin ‘double planer’ tu dan masukkan 5-6 keping kayu kemudian dia belek-belek, raba-raba dan ukur depan-belakang tebal kayu yang keluar dari mesin.. “Okay”, dia kata.
Aku dengan segera mengambil buku dan terus buka bill (itu yang penting). Si supervisor tu 'sign' dan ambil kertas bill (paling cepat 1 bulan baru dapat payment). Tak tunggu lagi aku pun menghilangkan diri dari kilang itu untuk pulang ke rumah. Selesai kerja untuk hari ini.
Dah, kita tengok video pulak.
Kredit: YouTube
Ulasan