Kereta yang tak ada tempat duduk

- "Ada ke.. bagaimana nak memandu kalau tak ada tempat duduk?"

Sabar, kita tengok dulu gambar-gambar dan video kat bawah tu.

Kereta yang diberi nama Kenguru ini, dihasilkan oleh Rehab Ltd, sebuah syarikat Hungary yang mengeluarkan berbagai produk untuk orang kurang upaya sejak 1915.

Kenguru tidak mempunyai tempat duduk, hanya ruang untuk menempatkan kerusi roda.


Kereta ini digerakkan oleh dua motor elekrik 4kW menggunakan kuasa beteri 48V AC. Ia boleh meluncur selaju 45 km/j dan dengan beteri penuh ia boleh bergerak sejauh 110 km.


Ulasan