Esok hari raya

- Semalam, sepulangnya dari kerja, aku ke Econsave Bakri. Beli daging lembu import 3 kg, sedikit kacang panjang dan tempe.

- Hari ni aku ke Astaka bersama ongumah. Beli 2 ekor ayam, sayur dan rencah apa yang perlu untuk masak kari ayam, rendang daging dan lodeh. Takda anyam ketupat. Beli ketupat segera 3 bungkus.

Pukul 9:40 pagi, aku berada dalam barisan orang menunggu Astaka dibuka (10:00 pagi).

- Ke pasar beli kerisek. Beli daging lembu segar, 1 kg je.

- Atas faktor PKP dan isi kocek ku yang ringan, aku hanya berbelanja barangan dapur. Tiada langsir baru, tiada baju baru dan tiada apa-apa yang baru sempena menyambut hari raya tahun ini. Malah kuih raya hanya satu jenis je ku beli.

- Walaupun PKP telah ditukar ke PKPB, tidak terasa kelonggarannya. Pergerakan kita masih terbatas, penjarakan sosial perlu dipatuhi. Anak gadis ku yang baru setahun bekerja/belajar di KL tidak dibenarkan merentas negeri untuk pulang berhari raya. Tak mungkin sambutan hari raya tahun ni menjadi lebih meriah.

- 2:00 ptg. Bayar zakat secara online. Lambat. Ikon loading asyik berpusing. Panduan ku lihat di www.maij.gov.my/zakatjohoronline

Ulasan