Bunga dalam hitam putih

Salah satu sebab yang menjadikan bunga dilihat cantik ialah kerana warnanya. Bagaimana pula sekiranya bunga digambarkan dalam bentuk hitam putih? Masih menarik dipandang? Ni yang aku tengah cuba trai tes (banyak le aku punya trai..).



– Dalam video di bawah ada terpapar gambar bunga hitam putih yang dirakam oleh seorang jurugambar profesional. Best gambarnya.. maaacam lah juga gambar aku yang kat atas ni.

Tak kira lah anda jurugambar profesional maupun cuma gulungan jurugambar mat jenin macam aku, cuba klik dan lihat video. Semacam satu inspirasi yang membuat kita (atau aku je) bersemangat untuk memetik kamera, merakam apa saja subjek yang munasabah dirakam dari sudut dan teknik yang lebih baik.

Aku sekarang ni dalam peringkat belajar, menerusi pengalaman serta belajar dari cikgu Gugel serta Yutiub. Dah jadi hobi dah. Minat berswafoto kini hilang sama sekali terutama swafoto sendirian. Balik-balik tengok muka sendiri. Begitu, begini.. hek eleh. Kalau hensem takpa gak.


Semalam, selepas tengok video ni, aku belek-belek kamera ku. Penat. Ingat tak penat ke kalau dah asyik belek kamera sampai satu jam lapan minit tiga saat..

Kalau lah aku.. dahh, tidur tidur. - Posting ini dipetik dari blog foto ku (dah delete).

Ulasan