– "Berapa banyak dulu daa.." disebut ikut slang dalam filem-filem Bujang Lapok.
Dulu aku ingat bapa ku buat cerita dongeng. Dulu aku ingat pakcik tu jual temberang. Tapi itu dulu sebab dulu aku belum tahu. Sekarang aku dah yakin, bapa ku tak bohong, pakcik tu tak temberang.
"Dulu abah mancing ikan tapah tak pakai benang tangsi tapi pakai tali kambing, ikat kat pokok", bapa ku menceritakan kisah memancingnya di zaman sebelum dia bertemu dengan ibu ku di tahun 50an. Dia kata lagi, "Kalau ikan dah makan umpan, nak naikkan berjam-jam. Sekali naik, hah.. besso, panjang sedepa." Melopong mulut aku mendengar bapa ku bercerita. Aku yang ketika tu sudah pun berjinak-jinak dengan joran, cuma bertanya dalam hati, betul ke cerita bapa ku itu atau saja dia nak buat lawak. Dah berbulan juga aku kenal pancing, nak dapat ikan baung yang beratnya setengah kilo seekor pun susah.
Aku juga pernah mendengar seorang pakcik bercerita, "Dulu masa pakcik budak-budak sebaya lebih kurang macam kau ni, ada orang nampak ikan tapah menyambar anak monyet. Anak monyet tengah gantung pada hujung dahan yang melayut ke sungai, nak minum air."
Hek eleh, pakcik tu cerita dulu-dulu. Dia sendiri pun tak nampak anak monyet tu kena sambar. Entah ya entah tak.
Tetapi.. kenapa baru sekarang aku percaya cerita lama bapa ku dan pakcik tu? Mari kita tengok cerita dan gambar-gambar ikan air tawar yang bersais besar, yang aku kebas di internet.

Ikan ini dipanggil Beluga (sturgeon) atau huso huso. Ia hidup di laut tetapi mudik ke sungai untuk bertelor. Pada 1827, seekor ikan huso huso seberat 1,476 kilogram dan 7.2 meter (24 kaki) panjang telah ditangkap di Sungai Volga di Russia, menjadikannya ikan air tawar terbesar di dunia. Bagaimanapun, ramai saintis tidak setuju dengan pendapat itu kerana keupayaan ikan huso huso tinggal di laut. #Wikipedia |
Pemacing berjaya menaikkan 'Catfish' seberat 111 kilogram di Sungai Segre, Sepanyol. Bapa ku pernah menaikkan Ikan Tapah yang lebih kecil sedikit dari ikan ini.. mungkin. |
Seekor Ikan Pari besar yang ditangkap di Sungai Mekong, berukuran 4 meter panjang (termasuk ekor). #National Geographic |
Ikan Arapaima. |
'Catfish' yang ditangkap pada 1 Mei, 2010 di Sungai Mekong di utara Thailand, hampir sembilan kaki panjang (2.7 meters) dan seberat 293 kilogram. Ia adalah 'Catfish' terbesar pernah direkodkan. #National Geographic |
'Alligator Gar' |
Ikan Kap besar. |
Ikan besar yang macam Ikan Baung tu ongputih panggil Catfish. Ikan yang macam Ikan Tapah ni pun dipanggil Catfish juga.. |
Kesian nelayan ni. Seharian mengukur Sungai Mekong, dapat SEKOR IKAN je!! |
Ulasan