Gambar Matahari dan Planet

Montaj Sistem Suria


Ini adalah montage dari kapal angkasa Voyager yang disimulasikan menjadi gambar yang cantik. Kelihatan planet yang berlatarbelakang Rosette Nebula. Beberapa objek lain seperti bintang, asteroid dan komet. Paling hadapan ialah ufuk di bulan.

Susunan Planet


Ini adalah montaj dari beberapa gambar yang diambil dari beberapa kapal angkasa NASA, menunjukan susunan lapan planet di dalam solar system. Bermula dari atas, Utarid (Mercury) merupakan planet yang paling hampir dengan matahari. Diikuti oleh Zuhrah (Venus), Bumi berserta bulan, kemudian Marikh (Mars), Musytari (Jupiter), Zuhal (Saturn), Uranus dan akhir sekali Neptune. Pluto?

Aurora di Zuhal


Aliran zarah tercas dari matahari bertembung dengan medan magnet Zuhal menghasilkan satu aurora di khutub selatan planet. Tidak seperti di Bumi, ianya seketika saja tapi di Zuhal ianya berlaku berhari-hari. Saintis mencantumkan imej ultraungu dengan imej cahaya biasa menjadikan aurora kelihatan biru. Dari pusat pemerhatian Zuhal sebenarnya ia berwarna merah berkelip.

Gerhana Matahari Penuh


Bahagian paling luar matahari dipanggil korona, bercahaya melingkari bulan ketika gerhana matahari penuh. Gerhana sebegini hanya berlaku apabila bulan sepenuh nya berada di depan matahari ketika matahari, bulan dan bumi sejajar. Berlaku hanya lebih kurang setahun sekali, gerhana matahari penuh menjadi tumpuan ahli astronomi kerana hanya di waktu ini korona matahari boleh dilihat dari bumi.

Sumber: Nationalgeographic

Ulasan