Lampu suluh menyuluh


Lampu suluh

Lampu suluh (Jawi: لمڤو سولوه) adalah lampu elektrik tangan mudah alih. Cahaya yang dihasilkan lampu ini biasanya bersumberkan mentol lampu pijar atau diod pemancar cahaya. Lampu jenis ini terdiri dari satu mentol lampu yang dipasangkan dalam sebuah pemantul, penutup lutsinar (kadangkalanya digabungkan bersama kanta) untuk melindungi sumber cahaya dan pemantul, bateri, dan suis; kesemua komponen ini disokong dan dilindungi dalam sebuah perumah.

Penciptaan sel kering dan lampu mentol elektrik pijar memungkinkan terhasilnya lampu suluh berkuasa bateri pertama sekitar tahun 1899. Hari ini kebanyakan lampu suluh hari ini menggunakan lampu pijar atau diod pemancar cahaya dan dikuasai bateri pakai buang atau boleh dicas semua. Ada juga sesetengah model yang dikuasai oleh engkol tangan, goncangan, dan panel suria untuk mengecas semula bateri.

Di samping lampu suluh tangan umum tangan, terdapat banyak reka bentuk lampu yang telah disesuaikan untuk kegunaan khas. Lampu suluh yang dipasangkan pada kepala atau topi keledar contohnya direka untuk kemudahan pelombong dan aktiviti perkhemahan. Ada juga jenis lampu suluh yang boleh digunakan dalam air atau di kawasan beratmosfera mudah terbakar. Lampu ini digunakan sebagai sumber cahaya ketika berada di tempat tanpa kuasa elektrik. - Wikipedia

 Demo
Tersuluh
HTML view ▼

CSS disesuaikan untuk paparan di blog ini, dipetik dari codepen

Ulasan