Ngeri: Diikat, ditelanjangkan dan ditembak di kepala oleh pejuang pemberontak. |
Mayat-mayat tentera Syria yang dibunuh ditempatkan di dalam satu lubang kubur. |
Masalahnya, benarkah tentera Syria sengaja mensasarkan senjata kimia kepada orang awam? Ada kah kerajaan Assad sememangnya mahu memporak-perandakan negaranya sendiri? Apa kah penjuang pemberontak boleh dianggap sebagai tidak bersalah dan tidak berdosa ke atas perang saudara yang telah mengorbankan lebih 100,000 ribu nyawa setakat ini? Allahu A'lam
Pada bulan April 2012 satu kejadian ngeri difilemkan, didokumenkan ke dalam video dan diseludup keluar dari Syria beberapa hari lalu oleh seorang bekas pemberontak yang berkata dia menjadi terkejut oleh taktik kekejaman yang digunakan oleh bekas rakan-rakan seperjuangannya. Beliau memberi rakaman itu kepada The New York Times.
Pada awal tahun ini, satu lagi video meloyakan dirakam, menunjukkan pemimpin pemberontak memakan jantung seorang tentera kerajaan yang berjaya ditumpaskan.
Klip itu memaparkan seorang lelaki, dipercayai pengasas terkenal Homs 'Farouq Briged Abu Sakkar', berdiri di atas mayat beruniform dalam parit. Menggunakan pisau, lelaki berkenaan membuka batang tubuh mayat dan mengeluarkan dua organ sebelum memegangnya di depan kamera seraya berkata: 'Saya bersumpah kepada Allah, kami akan makan jantung anda dan hati anda, anda anjing askar Bashar'.
Dia kemudian merapatkan satu daripadanya ke mulut lalu menggigit. #Mail Online
Ulasan