Yang kau pegi tunjuk sape suruh, kan dah kena tangkap

Kes dalam keratan berita di bawah tu boleh la dianggap kes luar biasa, terpencil dan pelik. Seorang lelaki ditangkap polis kerana melakukan 'obscene acts' di depan dua orang pelajar perempuan yang sedang dalam perjalanan ke sekolah. 'Obscene acts' yang dimaksudkan ialah dia mendedahkan burung pipitnya! Phh.. amende le punya jantan. Langsung tak punya kemaluan hingga sanggup mempamerkan kemaluannya (eh betul ke ayat ni?) di depan orang lain tanpa sebab yang patut. Kalau nak sunat tu patut la nak kena dedahkan kat tok mudim atau doktor sunat. Ini.. cuma nak buat terperanjat ongpompuan je.

Bukan sekali malah dia dipercayai terbabit dalam tiga kes yang lain. Las-las kena tangkap. Padan muka.

Apa dia ingat aksinya itu boleh membuat bebudak sekolah perempuan berkenaan secara tiba-tiba menjadi kagum? (Wow!!.. gitu?) Mimpi le.



#ST Breaking News/Singapore

Ulasan