Fugu merupakan makanan istimewa Jepun. Sebenarnya ia adalah hidangan ikan buntal! Ikan yang begitu beracun dimana kesilapan yang paling kecil dalam penyediaan boleh membawa maut. Tetapi pihak berkuasa Bandaraya Tokyo merancang untuk melonggarkan sekatan dengan membenarkan hanya chef terlatih dan berlesen sahaja untuk menyediakan hidangan tersebut.
Harga hidangan Fugu mahal dan restoran-restoran yang menyajikannya adalah antara yang terbaik di Jepun, bermula dari $120 (RM376) untuk seorang. Biarpun menjamah hidangan berkenaan bagaikan bermain dengan maut tetapi orang sanggup membayar kerana sijil jaminan lesen tukang masak fugu yang dipasang di dinding restoran.
Menurut perangkaan kerajaan, dua puluh tiga orang telah mati di Jepun selepas memakan fugu sejak tahun 2000. Kebanyakan mangsa adalah pemancing yang terburu-buru cuba untuk menyediakan tangkapan mereka di rumah. Pada tahun lepas seorang wanita telah mati setelah dimasukkan ke hospital kerana termakan hanya kesan hati ikan buntal di salah sebuah restoran terkemuka di Tokyo.
Keracunan tetrodotoxin (racun pada ikan buntal) dijelaskan sebagai "pantas dan ganas". Bermula dengan rasa kebas di sekeliling mulut, kemudian menjadi lumpuh dan berakhir dengan kematian. Belum ada penawar.
Tetrodotoxin juga terdapat pada sejenis sotong kurita, beberapa jenis katak dan beberapa haiwan lain. #BBC
Ulasan