Inginkan kulit kelihatan lebih menarik?
Tak perlu mengharapkan produk kecantikan yang ada di pasaran, yang bukannya murah. Ada cara lain yang lebih mudah, lebih murah dan lebih sihat.
Menurut penyelidik di Universiti St. Andrews, memakan lebih buah dan sayur boleh membuat anda kelihatan lebih menarik. Kajian menunjukkan bahawa tone kulit orang-orang yang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran secara tetap dalam kuantiti yang besar didapati lebih menarik daripada orang yang hanya memakannya dalam jumlah yang kecil.
Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan karotenoid, yang melindungi kerosakan sel daripada pencemaran dan sinar UV dan boleh mencegah penyakit yang berkaitan dengan usia termasuk penyakit jantung dan kanser. #Mail Online
– Ikut faham aku apa yang diaorang tu maksudkan ialah kulit yang lebih menarik adalah yang lebih sihat - bukannya kulit yang lebih putih. Mungkin ramai ongpompuan kat sini yang tak akan setuju dengan pendapat ini berbanding dengan pompuan di negara ongputih yang kebanyakan mereka sememangnya dah putih.
Salah ke beli ubat nak putihkan kulit? "Takk", macam tu je aku jawab pada ongumah aku. Tapi dalam hati: 'Tak, kalau kita orang kaya'.
Tak perlu mengharapkan produk kecantikan yang ada di pasaran, yang bukannya murah. Ada cara lain yang lebih mudah, lebih murah dan lebih sihat.
Menurut penyelidik di Universiti St. Andrews, memakan lebih buah dan sayur boleh membuat anda kelihatan lebih menarik. Kajian menunjukkan bahawa tone kulit orang-orang yang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran secara tetap dalam kuantiti yang besar didapati lebih menarik daripada orang yang hanya memakannya dalam jumlah yang kecil.
Sebelum dan selepas: Makan buah-buahan dan sayur-sayuran tambahan setiap hari cukup untuk mewujudkan perubahan ketara di dalam warna kulit dalam tempoh enam minggu. |

Ulasan