Aikk.. apa benda ni? Haa, ini 'superbus'. Jom kita tengok apa cerita. |
Sebuah kenderaan yang dinamakan Superbus telah dihasilkan oleh Projek Dutch Superbus yang diketuai oleh profesor Wubbo Ockels, boleh membawa 23 orang penumpang, menggunakan kuasa bateri lithium polymer dan mampu bergerak sehingga 250 km/jam.
Panjang kenderaan pelik ini ialah 15 meter, lebar 2.55 meter. Ianya sebuah bas yang takda pun rupa bas. |
Kalau aku perhatikan, lebih lah sesuai dinamakan kereta panjang. |
Dari belakang kelihatan seperti kereta Batman.. |
.. atau kereta dalam cerita fiksyen. |
Wah, pintunya terbuka ke atas, macam buka bonet pulak. |
Ruang dalam nya nampak luas tapi tak le setinggi bas biasa. Eh, alien ke tu (dalam bulatan merah)? Ah, biar lah, dia nak tengok juga agaknya. |
Pemandangan di dalam 'cockpit'. Stereng terletak di tengah. |
Superbus yang baru sebijik ni merupakan hasil projek tujuh tahun yang telah menelan belanja sebanyak £11.5juta. Tengok la pemandu tu, bergaya sakan. Macam robot je rupa. |
Lihat di laman web projek Superbus
Ulasan