Gambar di atas bukan karangan bunga tapi 'karangan belalang' yang dijual sebagai makanan ringan di tepi-tepi jalan di China. Mungkin aneh, tapi memakan serangga tidak lah luarbiasa seperti yang kita bayangkan. Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB menganggarkan bahawa lebih daripada 1,400 spesies serangga yang kaya dengan protein secara biasa dinikmati oleh manusia di seluruh dunia.
Makanan ini, yang dipanggil 'isaw manok' di Filipina sebenarnya adalah usus ayam yang diperap kemudian dipanggang hingga masak. Biasanya dimakan dengan cecahan sos masam-manis atau pedas.
Memakan kerang rebus atau kerang yang telah dimasak, tidak asing bagi kita tapi di bandar Máncora, Peru, terdapat hidangan kerang mentah dicampur beberapa jenis kekacang serta perahan limau.
Persiapan teh hijau khas Maghribi yang disertakan dengan ketulan gula, minuman yang menyegarkan di hari panas di Marrakech. Tapi ianya bukan sekadar penghilang dahaga. Persiapan dan menikmati teh hijau merupakan sebahagian dari budaya orang Maghribi.
- Nationalgeographic

Ulasan