Puncak tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu terletak di Sabah dengan ketinggian 4,095 meter dari paras laut.
Gunung Kinabalu juga merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara. Ada pendapat yang menyatakan bahawa Gunung Hkakabo Razi (5,881 meter) di Myanmar adalah yang tertinggi, pendapat yang merujuk kepada persempadanan politik (Myanmar termasuk dalam Asia Tenggara).
Tetapi Hkakabo Razi sebenarnya adalah sebahagian dari Banjaran Himalaya, secara geologinya bukan di Asia Tenggara.
Gunung yang menjadi lambang kemegahan kepada rakyat Sabah, penduduk tempatan menganggap Gunung Kinabalu dapat memberikan semangat untuk bersatu padu dan semangat juang kepada rakyat Sabah. Gunung ini juga menyimpan cerita serta kisah-kisah misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu menjadi tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.
Ulasan