Suku Orang Asli yang tak mengenal dunia luar

Pada awal 2008, satu penerbangan ekspedisi telah menemukan satu kaum orang asli, di daerah Envira, hutan tebal di antara Brazil dan Peru. Kewujudan mereka merupakan satu misteri. Belum pernah diketahui tentang mereka sebelum ini.



'Melihat pada gambar, mereka merasa terancam dan bertindak balas. Mereka pastinya tidak tahu apa itu kapalterbang - mungkin satu semangat atau seekor burung besar', menurut Miriam Ross dari Survival International.


Mereka tinggal di rumah yang berbentuk seperti khemah di hutan tebal. Cara kehidupan yang tak berubah sejak beribu tahun dahulu.

Terdapat beberapa kaum orang asli lain yang baru mula berhubung dengan dunia luar seperti kaum ‘Paraguayan Ayoreo-Totobiegosode’ dan ‘Awá man’.

Sekumpulan lelaki ‘Paraguayan Ayoreo-Totobiegosode’, kaum yang pertama kali menerima kunjungan ekspedisi pada 2004.

Wanita ‘Paraguayan Ayoreo-Totobiegosode’ hanya mengenal dunia mereka di dalam hutan Paraguay.

Pemuda ‘Awá’ melakukan aksi berburu di depan jurugambar.
Lak.. bogel je pergi berburu. Tutup-tutup le sikit, pakai daun ke..

Orang ‘Awá’ sedang berjalan melalui lorong yang dibina oleh pembalak.

Menurut Survival, semua kaum ini mengalami pencerobohan ke atas tanah mereka oleh pembalak, penternak, peneroka hutan dan syarikat minyak. Mereka juga terdedah kepada risiko jangkitan penyakit yang dibawa dari luar disebabkan mereka tidak mempunyai sebarang imunisasi.

Dianggarkan ada lebih 100 suku kaum orang asli tinggal di serata dunia.

Gambar sekumpulan orang asli, dipanggil ‘Mashco-Piro Indians’ di tebing sungai Envira, Peru.

Terdapat kisah di sebalik gambar ini yang dirakam oleh Frankfurt Zoological Society pada 18 September, 2007. Kumpulan kaum orang asli tersebut telah dinafikan kewujudannya. Lihat di Survival International. Rencana di situ membayangkan bahawa kaum asli berkenaan cuba 'dilupuskan' oleh pihak tertentu di Peru bagi melancarkan penerokaan hutan.

Wanita ‘Mashco-Piro Indian’ di tebing sungai.

'Teduhan memancing' yang ditinggalkan di tebing sungai Envira. Gambar dirakam pada 2008.

Gambar yang dirakam oleh Brazil’s Indian Affairs Department, dengan seribu cerita - apa yang mereka makan, bagaimana rumah mereka, alat apa yang mereka gunakan. Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas di sumber.

– Cerita tentang kaum asli jauh di hutan Amazon sana.. Bagaimana tentang kaum Penan di negara kita? Lihat di sini.

Kemaskini 1/2/12:


Buat pertama kalinya gambar secara dekat puak Mashco-Piro Indian dirakamkan. Gambar dari Survival ini turut disiarkan di Mail Online.

#Survival

Apa yang boleh kita kata tentang gambar-gambar ini? Nak kata tak senonoh, ini adalah kehidupan mereka yang terkunci di dunia mereka sendiri di tengah hutan tebal sejak beribu tahun dulu. Setiap hari berada dalam keadaan terdedah kepada nyamuk adalah perkara biasa bagi mereka. Lihat saja wanita Mashco-Piro Indian yang duduk bersilang kaki, berkemban pun tak sempurna. Macam tiub tayar lori je rupa kain yang dipakai. Singkat pulak. Tutup yang atas, bawah terdedah. Tutup yang bawah, atas terlondeh. Phh.. 18SX sungguh. Mereka ni jangankan diberi peralatan moden seperti kamera atau henfon. Dihulurkan seluar dalam pun rasanya mereka tak tau nak pakai.
Tak bersyukur lagi kah kita..

Ulasan

XO berkata…
Best blog awak!=)
Sorry ganggu..=)


Saya sudah follow blog awak..
Awak bila nak follow blog saya..
http://pangkahbulat.blogspot.com/
Orandableg berkata…
bahan-bahan main 'pinjam' je dari laman web ongputih tu..