Download Opera Mini 5 ke SE P990i


Semalam aku mejenguk halaman di blog my.opera.com dan aku difahamkan Opera Mini 5 dah 'final', takda lagi Opera Mini 5 beta 2. Dengan segera aku mengambil satu-satunya henfon ku (SE P990i) yang ku gunakan sejak penghujung 2006, lalu meng'uninstall' Opera Mini 5 beta 2 yang ku 'install' beberapa minggu lepas. Menggunakan pelayar internet asal henfon, aku ke alamat m.opera.com untuk memuat turun Opera Mini 5, tapi aku merasa kecewa kerana ini yang terpapar di skrin, 'your device does not meet the requirements of Opera Mini 5'. Bagaimanapun aku tidak berhenti di situ, terus mencuba, akhirnya aku berjaya meng'install' Opera 5 'final' ke henfon ku.

Begini yang aku buat: Di halaman yang sama, ke bawah, klik 'other download options'.

Terpapar halaman ini, ke bawah..

.. di bawah 'options for opera mini 5', klik 'select code-signing certificate.

Pada halaman ini, ke bawah..

.. jumpa 'all certificates', klik.

Dari sini boleh muat turun dan 'install' ke henfon.

Kepada pemilik SE P990i yang berminat untuk menggunakan Opera Mini 5 tapi gagal untuk memuat turun, cubalah cara ini.

Paparan 'speed dial' yang boleh diubah mengikut alamat laman web pilihan sendiri di Opera Mini 5.


update: Setelah beberapa hari aku menggunakan Opera Mini 5, aku rasa ianya kurang responsif, download mukasurat web agak lambat dan kekadang 'freeze', terpaksa cabut beteri dan on semula - memang tak sesuai dengan SE P990i. Aku telah menggunakan Opera Mini 4.2 semula walau interfacenya kurang menarik jika dibandingkan dengan Opera Mini 5, tapi takda masalah.

Ulasan