Jumaat, 23 Mac 2012

Panduan Sembahyang

CARA SEMBAHYANG DENGAN BETUL

Haruslah diingat, ini adalah panduan. Dalam erti kata lain, anda telah pernah belajar sembahyang, cuma anda telah lupa pada bahagian-bahagian tertentu. Dan panduan ini dijadikan rujukan untuk memastikan amalan tersebut betul atau tidak. Namun jika anda tidak pernah sama sekali belajar sembahyang daripada seorang guru, maka adalah salah mengambil pelajaran mengenai sembahyang ini dari buku-buku panduan atau bahan bacaan semata-mata. Tetapi andaikata anda kesulitan mencari guru, bolehlah mengunakan panduan ini sebagai sumber pembelajaran yang pertama. Tetapi setelah anda rasa anda telah mengerti mengenainya, WAJIBlah merujuk kepada seorang yang anda kira arif mengenainya. Tidak kira siapa mereka, mungkin saja Ibu anda, Bapa anda atau saudara-mara, atau juga sahabat-sahabat anda. Pokoknya, wajib jugalah merujuk kepada seseorang mengenai apa yang telah anda pelajari melalui bahan-bahan bacaan dan panduan-panduan mengenai sembahyang ini.

Cara sembahyang yang betul adalah penting bagi memastikan ibadah solat kita diterima oleh Allah. Oleh yang demikian, kami menyediakan panduan ringkas tentang cara-cara mengerjakan solat dengan kaedah yang betul sebagai panduan umum kepada kita semua.

Panduan dibawah ini adalah contoh rukun bagi solat EMPAT RAKAAT (Isyak, Zohor dan Asar). Bagi solat Maghrib dan Subuh, hendaklah menurut bilangan rakaat solat tersebut iaitu tiga dan dua rakaat masing-masing.

Abu Zar RA meriwayatkan bahawa suatu hari, pada musim dedaun sedang berguguran, Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya. Baginda SAW mengambil ranting dari sebatang pohon yang daun-daunnya sudah mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda : “Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini”. (Riwayat Ahmad dengan sanad yang hasan).

1. NIAT SEMBAHYANG ISYAK (EMPAT RAKAAT)

Berdiri tegak sebelum
mengangkat takbir.
Usalli fardhaz 'isya'i arba'a raka'atin adaan lillahi ta'ala

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu isyak empat rakaat tunai kerana Allah Ta'ala.

Untuk Zohor dan Asar, gantikan dengan zuhri (zohor) atau asri (asar). *Tukar adaan (tunai) kepada makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

- Niat sembahyang Subuh (dua rakaat):
Usalli fardhaz subhi raka'ataini adaan lillahi ta'ala
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Ta'ala.

- Niat sembahyang Maghrib (tiga rakaat):
Usalli fardhal maghribi thalatha raka'atin adaan lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Ta'ala.

Selaras dan renggangkan sedikit kaki bagi lelaki (perempuan rapatkan kaki). Berdiri menghadap Kiblat. Turunkan pandangan ke tempat sujud. Rapatkan tapak tangan ke tepi peha ketika memasang niat iaitu sebelum mengangkat takbir. Tertib ini sama bagi perempuan.

2. TAKBIRATUL IHRAM BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR.

Allahu akbar
Maksudnya: Allah Maha Besar
Untuk lelaki, hujung jari telunjuk separas cuping telinga.

Bagi perempuan, tangan diangkat dengan hujung jari telunjuk separas bahu serta merapatkan lengan dan siku ke badan.


Ketika mengangkat Takbiratul Ihram, lintaskan di dalam hati niat kita bersembahyang. Contohnya: Sahaja aku sembahyang fardhu Isyak 4 rakaat tunai kerana Allah Ta'ala. Dan lintaskan di dalam hati niat sembahyang tersebut serentak dengan Takbiratul Ihram itu.

3. BERDIRI RAKAAT PERTAMA (DO'A IFTITAH)

Kedudukan tangan bagi lelaki.
Kedudukan tangan bagi Perempuan.

MEMBACA DO'A IFTITAH

Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.

Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali- kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

TERUSKAN DENGAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

Bismilla hirrahma nirrahim.

Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin. Amin
(*).

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami)

* Sambutlah perkataan Amin bersama-sama jika sembahyang jemaah, tunggu selepas imam membacanya kemudian anda baca fatihah.(jika sembahyang Zohor dan Asar anda dikehendaki membaca sendiri selepas bacaan do'a iftitah).

DAN SELEPAS FATIHAH , BACALAH SURAH PILIHAN (sebarang surah). Sebagai contohnya Surah Al-Ikhlas

Bismilla hirrahma nirrahim.

Qul huw-Allahu Ahad, Allahus-Samad, lam yalid wa lam yulad, wa lam yakun lahu kufuwan ahad.


Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa.Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.

4. TAKBIR SEBELUM RUKUK' RAKAAT PERTAMA

Allahu akbar
Maksudnya: Allah Maha Besar
Mengangkat takbir sebelum
Rukuk' (Perempuan).
Mengangkat Takbir sebelum Rukuk'.

5. RUKUK' RAKAAT PERTAMA (Tunduk 90 darjah)

Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)
Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.
(Boleh juga dibaca lebih dari 3 kali, dengan bilangan yang ganjil seperti 5 kali, 7 kali, 9 kali, 11 kali)

Kedudukan tangan dan
siku dibengkokkan
bagi perempuan.
Kedudukan tangan dan
siku lurus bagi lelaki.

6. IKTIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK) BERDIRI SAMBIL MEMBACA DOA

Sami'allahu liman hamidah.
Maksudnya:
Allah mendengar orang
yang memujinya

7. IKTIDAL SELEPAS RUKUK - SEBELUM SUJUD

Rabbana lakalhamd.
Ertinya:
Ya Tuhan kami,
Bagimu segala puji.
Sebelum sujud, baca :
Allahu akbar
Maksudnya: Allah Maha Besar

8. SUJUD PERTAMA RAKAAT PERTAMA

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia
dengan sifat kepujiannya.
Rapatkan siku (lengan) ke badan
bagi wanita.
Hujung jari paras mata serta
renggangkan siku dari badan

Semasa hendak duduk
diantara dua sujud, baca:
Allahu akbar
Maksudnya: Allah Maha Besar

9. DUDUK ANTARA DUA SUJUD RAKAAT PERTAMA

Tangan diletak diatas peha,
dengan hujung jari
separas dengan lutut.
Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni
wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.
Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku
rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.
Sebelum sujud kedua baca:
Allahu akbar
Maksudnya: Allah Maha Besar
10. SUJUD KEDUA RAKAAT PERTAMA

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia
dengan sifat kepujiannya.
Menyambung sembahyang
ke rakaat kedua:
Allahu akbar
Maksudnya: Allah Maha Besar

11. BERDIRI RAKAAT KEDUA

TERUS MEMBACA SURAH AL-FATIHAH:

Bismilla hirrahma nirrahim.

Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin. Amin
(*).

* Sambutlah perkataan Amin bersama-sama jika sembahyang jemaah, tunggu selepas imam membacanya kemudian anda baca fatihah.(jika sembahyang zohor dan asar anda dikehendaki membaca sendiri selepas bacaan do'a iftitah).

DAN SELEPAS FATIHAH , BACALAH SURAH PILIHAN (sebarang surah).

12. TAKBIR SEBELUM RUKUK' RAKAAT KEDUA

Allahu akbar
Maksudnya: Allah Maha Besar

13. RUKUK' RAKAAT KEDUA

Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)
Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.
(Boleh juga dibaca lebih dari 3 kali, dengan bilangan yang ganjil 
seperti 5 kali, 7 kali, 9 kali, 11 kali)

14. IKTIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK) BERDIRI SAMBIL MEMBACA DOA

*(Bagi sembahyang Subuh, terus mengangkat tangan membaca DOA QUNUT. Sempurna saja doa, langsung ke sujud pertama rakaat kedua didahului dengan bacaan "Allahu akbar")

Sami'allahu liman hamidah.
Maksudnya:
Allah mendengar orang
yang memujinya

15. IKTIDAL SELEPAS RUKUK - SEBELUM SUJUD

Rabbana lakalhamd.
Ertinya:
Ya Tuhan kami,
Bagimu segala puji.
Sebelum sujud:
Allahu akbar
Maksudnya: Allah Maha Besar

16. SUJUD PERTAMA RAKAAT KEDUA

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia
dengan sifat kepujiannya.
Semasa hendak duduk
diantara dua sujud:
Allahu akbar
Maksudnya: Allah Maha Besar

17. DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni
wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.
Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku
rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.
Sebelum sujud kedua:
Allahu akbar
Maksudnya: Allah Maha Besar

18. SUJUD KEDUA RAKAAT KEDUA

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia
dengan sifat kepujiannya.
Sebelum duduk pada
tahiyyat awal:
Allahu akbar
Maksudnya: Allah Maha Besar

19. DUDUK PADA TAHIYYAT AWAL
*(Sudah sampai ke TAHIYYAT AKHIR bagi sembahyang Subuh)


Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad.
Maksudnya:
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dan kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itupesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad.

Naikkan jari telunjuk apabila tiba kepada
bacaan: Asyahadu alla illaha illallah.

Bangun untuk menyambung
sembahyang ke rakaat ketiga:
Allahu akbar
Maksudnya: Allah Maha Besar

20. BERDIRI RAKAAT KETIGA

TERUS MEMBACA SURAH AL-FATIHAH:

Bismilla hirrahma nirrahim.

Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin. Amin
(*).

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami)

21. TAKBIR SEBELUM RUKUK' RAKAAT KETIGA

Allahu akbar
Maksudnya: Allah Maha Besar

22. RUKUK' RAKAAT KETIGA

Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)
Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.
(Boleh juga dibaca lebih dari 3 kali, dengan bilangan yang ganjil 
seperti 5 kali, 7 kali, 9 kali, 11 kali)

23. IKTIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK) BERDIRI SAMBIL MEMBACA DOA

Sami'allahu liman hamidah.
Maksudnya:
Allah mendengar orang
yang memujinya

24. IKTIDAL SELEPAS RUKUK BERDIRI SEBELUM SUJUD

Rabbana lakalhamd.
Ertinya:
Ya Tuhan kami,
Bagimu segala puji.
Sebelum sujud:
Allahu akbar
Maksudnya: Allah Maha Besar

25. SUJUD PERTAMA RAKAAT KETIGA

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia
dengan sifat kepujiannya.
Semasa hendak duduk
diantara dua sujud:
Allahu akbar
Maksudnya: Allah Maha Besar

26. DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni
wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.
Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku
rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.
Sebelum sujud kedua:
Allahu akbar
Maksudnya: Allah Maha Besar

27. SUJUD KEDUA RAKAAT KETIGA

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia
dengan sifat kepujiannya.
*Bangun untuk menyambung
sembahyang ke rakaat keempat:
Allahu akbar
Maksudnya: Allah Maha Besar
*(Bagi sembahyang Maghrib, selepas sujud kedua rakaat ketiga, terus duduk pada TAHIYYAT AKHIR)

28. BERDIRI RAKAAT KEEMPAT

TERUS MEMBACA SURAH AL-FATIHAH:

Bismilla hirrahma nirrahim.

Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin. Amin
(*).

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Yang maha pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami)

29. TAKBIR SEBELUM RUKUK' RAKAAT KEEMPAT

Allahu akbar
Maksudnya: Allah Maha Besar

30. RUKUK' RAKAAT KEEMPAT

Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)
Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.
(Boleh juga dibaca lebih dari 3 kali, dengan bilangan yang ganjil 
seperti 5 kali, 7 kali, 9 kali, 11 kali)

31. IKTIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK)

Sami'allahu liman hamidah.
Maksudnya:
Allah mendengar orang
yang memujinya

32. IKTIDAL SELEPAS RUKUK SEBELUM SUJUD

Rabbana lakalhamd.
Ertinya:
Ya Tuhan kami,
Bagimu segala puji.
Sebelum sujud:
Allahu akbar
Maksudnya: Allah Maha Besar

33. SUJUD PERTAMA RAKAAT KEEMPAT

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia
dengan sifat kepujiannya.
Semasa hendak duduk
diantara dua sujud:
Allahu akbar
Maksudnya: Allah Maha Besar

34. DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni
wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.
Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku
rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.
Sebelum sujud kedua:
Allahu akbar
Maksudnya: Allah Maha Besar

35. SUJUD KEDUA RAKAAT KEEMPAT

Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali).
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia
dengan sifat kepujiannya.
Sebelum duduk pada
tahiyyat akhir:
Allahu akbar
Maksudnya: Allah Maha Besar

36. DUDUK PADA TAHIYYAT AKHIR

Duduk tahiyyat akhir, silangkan
kaki kiri kebawah kaki kanan.

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.
Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.
Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah.
Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad.
Kama sollaita'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad.
Kama barakta 'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Fil 'alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya:
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.

Naikkan jari telunjuk apabila tiba kepada
bacaan: Asyahadu alla illaha illallah.

37. SALAM KE KANAN

Assalamualaikum warahmatullah
Ertinya:
Sejahtera dan rahmat untukmu
semoga dirahmati Allah

38. SALAM KE KIRI

Assalamualaikum warahmatullah
Ertinya:
Sejahtera dan rahmat untukmu
semoga dirahmati Allah

Pada akhir rakaat (rakaat keempat bagi Isyak, Zohor serta Asar / rakaat ketiga bagi Maghrib dan rakaat kedua bagi Subuh), bacaan tahiyyat disempurnakan hingga "hamiidun majiid", lalu memberi salam sebagai akhir dari shalat.



DOA QUNUT


Allah humah dini fiman hadait.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a’tait.
* Waqinii syarramaa qadzait.
(* Waqinii bi rahmatika syarramaa qadzait.)
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik.
Wainnahu layadziluman walait.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
* Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinwa'ala
aalihi wasahbihi wasalam.
(* Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadin
nabiyil ummiyi wa'ala aalihi wasahbihi wasalam.
)
Maksudnya:
Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan
Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan
Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan
Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan
Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum
Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin
Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau
Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan
Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau
(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.

اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ، وَقِنِيْ شَرَّمَا قََضَيْتَ، فَاِ نَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ، وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ، وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Allah humah dini fiman hadait.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a’tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik.
Wainnahu layadziluman walait.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadin nabiyil
ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.

– Bahan-bahan di dalam Panduan Sembahyang
ini adalah ikhsan dari beberapa laman web.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan