Patung tertinggi di dunia

Statue of Liberty.
Bila sebut patung tertinggi tentu saja kita teringat Statue of Liberty yang terkenal, terletak di Pulau Liberty, New York. Berdiri setinggi 93 meter dari paras tanah, patung tersebut memang sebuah patung yang besar dan tinggi.

Bagaimanapun, Statue of Liberty hanya tertinggi di Amerika Syarikat. Patung tertinggi di dunia terletak di Henan, China.

Patung Buddha yang dinamakan Spring Temple Buddha merupakan patung yang paling tinggi di dunia setakat ini. Siap dibina pada 2002, ianya berdiri setinggi 153 meter dari paras tanah. Patung yang sebahagian besarnya diperbuat dari tembaga itu dikatakan seberat 1,000 tan, terletak di atas bangunan biara Buddha.

Keseluruhan projek termasuk bangunan biara menelan belanja dianggarkan sekitar $55 juta.

Gambar rajah perbandingan ketinggian di antara patung-patung tertinggi di dunia.
Spring Temple Buddha.
Besar dan tinggi, patung kelihatan jelas walau dari kejauhan.
#Wikipedia

Ulasan