Dulu beger (burger) Mc Donalds cuma 15 sen (US$0.15). Tapi itu dulu, tahun 1940an. Masa tu bayangnya pun belum nampak di Malaya.
Dulu Mc Donalds hanya sebuah 'warung' di San Bernardino, California, tapi kini ia telah menjadi restoran yang dijangka mempunyai rangkaian makanan segera beger terbesar di dunia – menyediakan hidangan dianggarkan kepada 68 juta orang di 119 negara setiap hari.
Dua beradik, Richard dan Maurice McDonald memulakan 'The Airdrome' iaitu restoran makanan segera pertama mereka di penjuru kawasan barbecue berhampiran lapangan terbang di Monrovia, California pada 1937.
Pada 1940, mereka berpindah ke San Bernardino, dan di situ mereka menukar nama restoran mereka kepada 'McDonalds.'
Kejayaan restoran mereka di San Bernardino telah menarik minat seorang usahawan, Ray Kroc. Pada 1950an Ray Kroc telah berganding bahu dengan kedua beradik berkenaan membuka rangkaian franchise perniagaan mereka.
Akhirnya Ray Kroc membeli syarikat McDonalds dan memegang tampuk pentadbiran rangkaian makanan segera tersebut dan menjadikannya kepada empayar bernilai berbilion dolar sebagaimana sekarang.
#When McDonald's was just a tiny BBQ joint..
Agak-agak kalau buka restoran epok-epok boleh pegi jauh macam Mc D tak?
Misalnya, kita beri le nama restoran epok-epok kita 'Epok-epok King'. Resepi kita pilih yang terbaek dari makcik-makcik yang ekspet buat epok-epok kat kampong. Buat bermacam-macam jenis. Ada epok-epok inti kentang, keledek, daging, sardin atau sayur. Tambahkan pula ada perisa biasa dan yang 'hot and spicy'.
Dengan harga yang berpatutan, restoran Epok-epok King juga turut menyediakan minuman yang pelbagai. Dan yang penting sekali, semua makanan dan minuman mesti halal.
Cari kedudukan yang strategik. Restoran juga nak kena lawa, bersih, selesa dan servis yang bagus dengan pekerja yang mencukupi. Ada air-cond dan ada pulak wifi.
Penyediaan epok-epok nak kena segera, menggunakan mesin dan peralatan memasak yang canggih. Jangan biarkan pelanggan mnunggu lelama. Haa, pasti ramai yang datang makan.
Bila dah maju kita buka le rangkaian franchise. Boleh kan? Tentu saja boleh. Asalkan ada strategi dan pengurusan yang sempurna (dan modal juga). Kalau franchise Epok-epok King tak berjaya berkembang ke seluruh dunia, ke seluruh Malaysia pun dah cukup hebat.

'Epok-epok King'
Epok-epok sayur. Gambar aku pinjam dari mykitchensnippets.com |

Aku.. cakap je (nak berangan-angan Mat Jenin, senang.. tapi nak jadikan apa yang Mat Jenin angan-angankan, susah).
Ulasan