Rabu, 23 Mac 2011

Aduhai P1 Wimax dan kesilapan ku

Pada bulan 12 2009, oleh kerana terpengaruh dengan pujukan jurujual di Wetex Parade, Muar, aku pun menandatangani borang permohonan P1 W1MAX Home Plus Promo M3 dengan kontrak 24 Bulan - RM99.00 sebulan. Dengan bayaran wang pedahuluan sebanyak RM100, aku membawa pulang sebuah kotak hitam (modem wifi).

Dari situ aku mula berlanggan dengan P1 Wimax. Perhidmatannya memuaskan walau pada awal penggunaannya ada sedikit masalah.

Pada pertengahan 2010 akaun ku di'suspended' kerana aku telah dua bulan tidak membayar bill. Seterusnya, aku menerima 'Notice of Account Termination' (di bawah). Dengan berpandukan email berkenaan aku jangka akaun ku akan terus di 'terminate' jika aku tidak membuat apa-apa pembayaran dan itu membuatkan aku mengambil keputusan untuk menutup saja akaun ku.

careline@p1.com.my to me
show details 02/11/2010

Account No: 102660586
Date: Tue Nov 2 09:03:31 2010

Dear Takyah le nak cari..,

RE: Notice of Account Termination

Please be informed that you have an overdue payment of RM297 in your account. Kindly make payment immediately to avoid termination of account. Please click http://www.p1.com.my/Support/support_faq.aspx#Payment_FAQ for payment options/channels.

Please note that you are still liable for the outstanding payment according to the Service Agreement.

Kindly disregard this letter if the payment has been made.

Should you require further clarification, please contact our Careline at 1-300-800-888. Thank you.


Yours Sincerely,
P1 W1MAX

Pada bulan 12 2010, aku ke wakil P1 Wimax di No. 11, Pusat Perdagangan Sulaiman, Jalan Sulaiman, Muar, membawa kotak hitam dan berbekalkan duit termasuk duit syiling tabung berjumlah RM652.80. Aku kira ini cukup untuk menutup akaun kerana seingat ku, menurut James (bukan James Bond tapi jurujual P1 Wimax yang aku berurusan, namanya tertulis di borang permohonan) "kalau tak bayar kena block. Kena dalam 300 ringgit duit penalti tutup akaun. Modem pulang." (RM297 + RM300 = RM597)

Tapi jangkaan ku meleset. Bila aku serahkan nombor akaun, amoi wakil P1 Wimax tu pun mula menekan butang-butang komputer.. dan dia berkata, "sama penalti, 883 ringgit." Mak ooi! Terperanjat be.. besar aku, macam tu banyak sedangkan dah hampir lima bulan aku tak menerima apa-apa perhidmatan dari P1 Wimax!

Rupa-rupanya selama ini belum ada pun terminator yang terminate akaun ku. Akaun ku masih berjalan (kiraan duitnya tapi perhidmatan suspended). Aku mula membahaskan hal ini dengan amoi berkenaan. Dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana katanya semua tertulis di kontrak (mungkin 'Terms and Conditions' tu) . Lak.. aku tak baca pun masa aku sign kontrak dulu. Dah la panjang berjela, huruf pun seni. Kalau aku baca pun, aku tak le boleh faham betul bahasa ongputih. Nak guna google translate, bukannya tepat sangat.

'Terms and Conditions'.

Aku keluar dari kedai wakil P1 Wimax tu dengan perasaan kecewa, macam orang kalah judi. Dah la tak dapat menutup akaun, terpaksa pula menanggung tunggakan bil-bil yang akan datang sehingga kontrak tamat tanpa mendapat imbalan. Untuk apa? Ini semua kesilapan ku kerana berani-berani meng'sign' kontrak yang kini ku rasa tidak berpihak kepada ku (pengguna), tanpa mengukur t shirt dan seluar pendek sendiri.

Pada hari Jumaat lalu, 18/3/2011, aku ke kedai berkenaan lagi, cuba kalau boleh akaun ditutup dengan bayaran RM400 dahulu dan selebihnya kemudian.. jawapannya, 'tak boleh'. Kemudian aku meminta agar akaun ku tidak di'suspended' dan aku akan membayar RM150 atau RM200 sebulan untuk bil semasa dan tunggakan secara beransur sehingga kontrak tamat.. dan jawapanya juga, 'tak boleh'. Phh.. aku rasa macam terperangkap di dalam lubang yang sangat dalam, tak boleh naik.

Sekali lagi aku keluar dari kedai berkenaan macam orang kalah judi walhal aku tak main judi.

Hal ini kini menjadi tanda tanya dan sering ter'pop-up' di kepala ku, ' perlu kah aku membayar RM150 atau RM200 sebulan untuk akaun ku yang tetap suspended selagi masih ada baki tunggakan tu? Atau juga, perlu kah aku membayar penalti RM299 dan tunggakan yang kini meningkat kepada RM792 (meningkat setiap bulan) berjumlah RM1091 selepuk? Tak adil betul. Lain la kalau akaun ku tak disekat. Ada le munasabah sikit kalau aku terhutang pun. Ini.. apa yang ku dapat dengan bayaran segitu banyak? Hanya untuk menutup akaun.

Bill Date : 2/28/2011
Account Number : 102660586
Bill Number : B1-8463857

Your total bill amount to be paid before
3/19/2011 is RM 792
Bil semasa (walau berbulan 
tidak menerima perhidmatan).

Apa nak buat, nasi dah jadi nasi goreng. Pedas ke, hangit ke terpaksa kena suap juga ke mulut tapi tak tau bila terpaksa aku telan. Tanggung aje la kesilapan ku sendiri, main sign aje dulu, tak fikir panjang.

Buat masa ni aku guna Salikun Free-pahit Boat/van. Malu pulak nak taip nama betul ISP ni sebab dulu aku ada juga dok kutuk dia. Patutnya aku mintak maaf sebab sekarang aku sedar Salikun Free-pahit Boat/van ni lah yang paling sesuai dengan isi kocek ku. Ada duit isi top up, layar internet. Takda duit tak payah layar internet dan tak jadi hal.

Kepada pembaca yang arif, harap beri lah pandangan kerana aku telah menjadi 'daif dan miskin' dalam masalah ini.

Dan jika ada abang-abang P1 Wimax atau P1Buddy yang terbaca catatan ini, saya harap berilah pertimbangan yang sewajarnya.

Update 22/6/2011:

Hari ini aku telah dapat menggunakan line P1 Wimax dengan akaun baru, dapat 'offer'. Bukan percuma! Cuma pihak P1 Wimax telah memberi tawaran yang cukup memuaskan hati ku (setakat ini). Tak dapat lah aku nak bercerita panjang tentang masalah yang timbul untuk mendapatkan sambungan internet dalam masa dua minggu lalu setelah akaun baru ku dibuat. Yang penting, aku kini dapat menggunakan P1 Wimax semula. Pantas le sikit aku meng'update' blog aku. Tengok YouTube pun 'macam tengok tv'. Terima kasih P1 Wimax!!

9 ulasan:

  1. lepas tu camna?kes dah selesai kew?saya pun mengalami situasi yang sama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari apa yang saya lalui, bill dalam tempoh akaun suspended tidak lagi dikira dengan syarat bayar 100 ringgit untuk membuka akaun baru dengan tempoh kontrak lanjutan.

      Saya tak lagi guna P1. Kontrak tamat bulan 6 lalu.

      Padam
  2. Salam bro. Nak tanya, saya skrg dah tertunggak rm600+ bil p1 wimax. Mcm mana bro clear kan? Bayar rm100,maksud nya sambung kontrak ke? Berapa lama kontrak tu bro? Camane bro deal dgn pekerja p1wimax aritu? Sy risau sgt sbb bil makin meningkat +_+

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah nak kata sbb semua keputusan adalah mengikut pertimbangan dan budi bicara pihak P1. Sebaiknya saudara hubungi pihak P1 sendiri atau saudara boleh cuba mengemukakan masalah saudara di facebook mereka https://www.facebook.com/p1buddy

      Padam
    2. Saya nak tanye la.kalw tak dapat selesaikan bayaran dalam masa yang diberi..p1 akan amik ape ape tindakan tak

      Padam
    3. Saya nak tanye la.kalw tak dapat selesaikan bayaran dalam masa yang diberi..p1 akan amik ape ape tindakan tak

      Padam
  3. Betu.. Sy hampir mengalami situasi tu juga.. Sbb sy jrg pakai wifi p1 sebab line untuk whatsapp slow sanga.. Nak terminate bayar rm200+100 sbb masih di tahun pertama dan skrg baru menyesal langgan p1. Staf wakil p1 dulu pun x terangkan secara terperinci yg dlm masa 7 hari pertama kita guna tu (tempoh percubaan

    BalasPadam
  4. Betu.. Sy hampir mengalami situasi tu juga.. Sbb sy jrg pakai wifi p1 sebab line untuk whatsapp slow sanga.. Nak terminate bayar rm200+100 sbb masih di tahun pertama dan skrg baru menyesal langgan p1. Staf wakil p1 dulu pun x terangkan secara terperinci yg dlm masa 7 hari pertama kita guna tu (tempoh percubaan

    BalasPadam
  5. Salam bro tumpang tnye sya pnye bil p1 melambung tinggi sedang kn sya tak pakai pon tau2 semalam bil smpai yg tak tahan nye bil tu mahal sgt rm1.173.14 sen,masak dibuatnye mne nk cri duet sebnyk tu agak2 bro klau tk dpt settel kn dlm mse 7ary nie cm ner apew yg jadi nnti bro klau bole sya nk terminate atau stop trus account sya tu bole kew

    BalasPadam