Motosikal masa depan?

Skuter Segway.
Gambar motor pelik warna limau mandarin di bawah tu ku petik dari Mail Online, dinamakan Uno, mampu mengimbang sendiri menggunakan teknologi gyroskop seperti skuter Segway. Penciptanya, Ben Gulak, seorang pemuda dari Ontario, Kanada, mencari pelabur untuk menjadikan Uno sebagai motorsikal pengeluaran. Ada yang berminat?

Kalau mengikut tarikh berita disiarkan, April 2008, tapi sampai lah sekarang motosikal ni belum ada dalam pasaran dan masih ramai orang yang tak tahu tentang kewujudannya (termasuk aku). MUNGKIN, pertama, takda pelabur yang berminat kerana kosnya tinggi. Kedua, tak praktikal -- mudah tersungkur jika membrek dengan kuat atau ditonjol sikit dari belakang -- pakai beteri tak boleh jalan jauh dan kena charge selalu -- tak laju, cuma laju sikit dari tunggang basikal serta tak boleh bawak makwe. Dan yang ketiga, kelakar! Tak glamour langsung..

Macam sarkis! Tapi kalau dapat satu.. bagus gak.

Ooops! Hati-hati kalau brake..

Kita tengok camana motor yang serupa macam ni ditunggang.


Ulasan

Dr.Nur Adilah berkata…
macam mudah terbalik je moto ni...
Orandableg berkata…
tak lah, cuma mudah tumbang je..