Letusan Gunung Merapi: Angka kematian meningkat

Angka mangsa yang terkorban akibat letupan gunung berapi di Indonesia telah meningkat kepada 32 orang, menurut pegawai perubatan hari ini.

Usaha mengesan dan menyelamat masih berjalan, dengan pemerintah Indonesia berkerah untuk membantu puluhan ribu penduduk tempatan berpindah akibat letupan.

Gunung Merapi di Yogyakarta, Jawa Tengah, Indonesia meletus sekurang-kurangnya tiga kali pada hari Selasa (26/10/2010).

Gunung berkenaan, yang terletak di sebelah utara kota besar Yogyakarta merupakan salah satu gunung berapi Indonesia yang paling aktif dan terletak di salah satu wilayah yang paling padat penduduknya. Gunung Merapi mempunyai ketinggian hampir 10,000 kaki (3,000 meter).

Ratusan penduduk yang meninggalkan rumah mereka, memenuhi bangunan kecil kerajaan di Yogyakarta. Kebanyakan mereka melarikan diri dengan hanya berbekalkan pakaian.

  Gunung Merapi meletus sebanyak tiga kali
(18.10, 18.15 dan 18.25 WIB) pada hari Selasa,
memuntahkan abu panas.

 Keadaan di Kinahrejo (sebuah kampung di kaki Gunung Merapi)
selepas letupan.

Tumbuhan tidak lagi kehijauan, sekitar dipenuhi warna abu,
menjadikan pemandangan bagaikan satu adegan dalam
filem seram. 

Ruang dalam rumah yang dipenuhi abu gunung berapi.

Sukarelawan sedang mengusung mayat yang ditemui.

Mangsa yang melecur akibat abu panas gunung berapi di bawa
ke sebuah hospital di Sleman.

Antara penduduk yang meninggalkan kediaman mereka,
sedang beratur untuk mendapatkan makanan di Sleman.

Sukarelawan Palang Merah Indonesia mengagihkan minuman di
penempatan sementara Purwobinangun berhampiran Yogyakarta.

Polis dan para penyelamat sedang menjalankan usaha mereka
di kampung Kinahrejo.

Lihat gambar peristiwa tsunami dan letupan gunung berapi di http://www.guardian.co.uk/world/gallery/2010/oct/27/indonesia-volcano-earthquake-tsunami#/?picture=368090231&index=18

Beberapa orang penduduk menolak untuk berpindah, bertahan untuk mengawasi tanaman dan ternakan. Mereka dikatakan menunggu kata dari 'juru kunci' Gunung Merapi. Tapi Mbah Maridjan, juru kunci, telah turut menjadi korban gunung berapi. Mayatnya ditemui pada pagi Rabu (27/10/2010), dalam keadaan masih bersujud menghadap kiblat.

Mayat dalam keadaan bersujud yang menjalani ujian DNA
di Hospital Sandjito,dipercayai juru kunci Gunung Merapi,
Mbah Maridjan ditemui mati di dalam rumahnya di kaki
gunung berapi tersebut. 

Siapa kah Mbah Maridjan yang sering disebut-sebut seiring dengan berita letupan Gunung Merapi di Indonesia?

;Mbah Maridjan di pusara bapanya.

Mbah Maridjan dilahirkan pada tahun 1927 di Dukuh Kinahrejo, Desa Umbulharjo, Kecamatan Cangkringan, Kabupaten Sleman, Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta. Dia mempunyai seorang isteri bernama Ponirah (73), 10 orang anak (lima di antaranya telah meninggal), 11 cucu, dan 6 orang cicit.

Pada tahun 1970 Mbah Maridjan diangkat menjadi 'abdi dalem' Keraton Kesultanan Yogyakarta oleh Sultan Hamengku Buwono IX dan diberi nama baru, iaitu Mas Penewu Suraksohargo1. Pada ketika itu, sebagai 'abdi dalem', Mbah Maridjan diberi tugas sebagai wakil juru kunci dengan pangkat Mantri Juru Kunci, mengiringi bapannya yang menjadi juru kunci Gunung Merapi.

Sebagai seorang wakil juru kunci, Mbah Maridjan telah sering mewakili bapanya untuk mengadakan upacara ritual di kaki Gunung Merapi. Setelah bapanya meninggal dunia pada 3 Mac 1982, Mbah Maridjan dilantik menjadi juru kunci Gunung Merapi.

- Petikan bahan - Kompas.com/CNN/Guardian/Nationalgeographic/Utusan

Update:
- Merapi meletus lagi.

Yogyakarta: Gunung Merapi meletus buat kali kedua hari ini dalam tempoh tiga hari, dan kali ini menyemburkan awan panas abu volkanik sehingga 3,500 meter ke udara. Kejadian berlaku pada pukul 4.40 petang waktu tempatan.

"Awan panas muncul kembali, selepas pasca letusan pertama yang berlaku pada Selasa," menurut  Subandriyo, Ketua Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kegunungapian (BPPTK) Yogyakarta.

Awan panas itu, katanya masih tergolong sebagai kecil dengan radius luncuran mencapai sekitar 3,500 meter dari puncak Gunung Merapi. Bagaimanapun belum dapat dipastikan arah luncuran kerana keadaan cuaca di sekitar puncak Merapi kurang baik.

Subandriyo menjangka luncuran awan panas itu akan berlaku lagi dan meminta penduduk tempatan supaya terus berwaspada.

Dalam kejadian letusan petang Selasa lepas, 32 orang terbunuh termasuk Jurukunci Merapi, Mbah Maridjan, 83, serta seorang wartawan portal berita Vivanews. Dalam letusan itu, Merapi menyembur awan panas abu volkanik sehingga 1,500 meter dan kesan abunya sampai sehingga ke Ciamis, Jawa Tengah, yang terletak 300 km jauhnya.

Ia menurunkan hujan abu volkanik bersuhu 600 darjah selsius di kawasan gunung berapi teraktif di dunia yang berusia 400,000 tahun itu, dan memusnahkan beberapa perkampungan di kaki gunung itu.

Pagi ini mereka yang terkorban dalam kejadian letusan dikebumikan secara beramai-ramai di dua tempat berasingan. Mbah Maridjan dan empat yang lain dikebumikan Kampung Srunen, Glagahsari, Sleman, manakala yang lainnya di Kampung Sidoredjo, Sleman. - Bernama/Hmetro

Update 29/10/10:

Menurut berita di CNN, Gunung Merapi kembali aktif pada hari ini, meletus sebanyak enam kali pada waktu petang, memuntahkan abu berserta lahar. Pada letusan kali ini belum ada kemalangan jiwa terbaru dilaporkan.

Update 30/10/10:

YOGYAKARTA 30 Okt. - Letusan Gunung Merapi selama 21 minit awal pagi ini yang menyemburkan awan panas abu volkanik dan memuntahkan lahar panas telah mengakibatkan debunya bertebaran ke udara sehingga ke kawasan sejauh 65 kilometer di Klanten, Jawa Tengah.

Antara kawasan teruk terjejas terkena hujan abu dan hujan pasir akibat letusan yang menghasilkan awan panas abu volkanik dikenali penduduk tempatan sebagai "Wedhus Gembel" itu adalah Kaliurang, Sleman.

Jarak penglihatan di kawasan sempadan Sleman dan Yogyakarta berkurangan sehingga kepada 50 meter akibat pergerakan lalu lintas menyebabkan abu volkanik di permukaan jalan berterbangan ke udara.

Di beberapa tempat, pihak berkuasa tempatan terpaksa menyembur air ke jalan raya bagi mengurangkan debu berterbangan ke udara dan memperbaiki kualiti jarak penglihatan serta udara.

Tiupan angin turut membawa abu dan pasir volkanik ke Yogyakarta, kira-kira 40 kilometer dari gunung itu menyebabkan sebahagian besar ibu kota lama Indonesia itu dilitupi abu putih dan warganya berebut membeli topeng muka sehingga beberapa farmasi dilaporkan kehabisan stok.

Keadaan itu turut memaksa pihak pengurusan Lapangan Terbang Adisutjipto, Yogyakarta menutup lapangan terbang untuk beberapa ketika sejak pukul 6 pagi dan penerbangan dialih ke lapangan terbang Adisumarmo, Solo dan penumpang diangkut dengan bas dan teksi dari Yogyakarta.

Sehinga pukul 3.30 petang ini, kualiti udara di Yogyakarta kelihatan normal namun sekali-sekala hujan abu volkanik dan abu pasir volkanik dilihat turun.

Pihak berkuasa tempatan menganggap situasi di kota itu sehingga kini masih terkawal namun penduduk diminta mengutamakan kesihatan dengan memakai topeng muka bagi menghindari kesan abu volkanik itu.

Sungguhpun gunung berapi teraktif di dunia itu telah meletus beberapa kali sejak Selasa lalu, Pusat Mitigasi Bencana Geologi Indonesia percaya ia belum mengeluarkan tenaga letusan sepenuhnya.

Pemantuan yang dilakukan sehingga kini menunjukkan tenaga letusan Merapi kali ini sudah tiga kali ganda kekuatan letusan pada 2006, kata ketua badan itu, Surono. - Bernama/Utusan

Update 31/10/10:

Penduduk dalam keadaan kelam-kabut meninggalkan rumah mereka 
apabila Gunung Merapi mengamuk lagi.

Angka mangsa yang terkorban dalam kedua-dua kejadian bencana di Indonesia (tsunami di kepulauan Mentawai dan letupan Gunung Merapi), meningkat hampir 500 orang. - petikan bahan - Dailymail

Update 4/11/10:

Gunung Merapi terus mengeluarkan aliran gas dan abu pada hari ini, melepaskan sepasang letusan kuat ke langit pada sebelah pagi. Pegawai bencana mengumumkan lima orang lagi terkorban.

Udara dicemari abu gunung berapi
di daerah Klaten, Jawa Tengah.
Awan panas melayang di atas Jawa Tengah, naik hingga 2.5 kilometer (1.5 batu) dan kemudian menghala ke selatan menuju Kali Gendol, Kali Kuning, Kali Boyong, Kali Krasak, Kali Bedok, menurut Badan Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia.

Muntahan dari Merapi hampir tidak reda sejak tengah hari Rabu, kata badan itu.

Lahar dan abu Gunung Merapi telah mengorbankan sekurang-kurangnya 44 orang dan mencederakan puluhan yang lain sejak mula meletus pada 26 Oktober. Hampir 75,000 orang telah dipindahkan, menurut Badan Pengelola Bencana Nasional Indonesia.

Penduduk kampung yang kurang dari 12 kilometer (7.5 batu) dari gunung berapi diarahkan berpindah untuk keselamatan, kata Sutopo Purwo Nugroho, ketua pengurangan risiko bencana.

Penduduk di sekitar gunung berapi telah berkali-kali melarikan diri, kembali ke rumah untuk melihat rumah dan haiwan ternakan, dan melarikan diri lagi setiap kali letusan berlaku semula.

Disebabkan hujan lebat yang turun, pegawai geologi memberi amaran kepada penduduk yang berpindah untuk tidak pergi ke kawasan-kawasan dalam zon bahaya atau sungai berhampiran.

Curahan hujan boleh menukar abu gunung berapi menjadi aliran lumpur.

Dua orang menjadi korban letusan pada tahun 2006 dan lebih dari 60 orang penduduk kampong terkorban pada tahun 1994. Sekitar 1,300 orang terbunuh ketika Gunung Merapi meletus pada tahun 1930. - CNN

Update 5/11/10:

Letupan terbaru di Indonesia Gunung Merapi, Jumaat, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dan mencederakan 77 yang lain, kata pegawai hospital di Sardjito. Kebanyakan mereka tercedera melecur.

Mayat-mayat ditemui dari sebuah kampung yang terjejas teruk sekitar 16 kilometer (9,9 batu) dari gunung berapi, Tjiptono, Pesuruhjaya Polis Yogyakarta mengatakan kepada sebuah stesen tempatan, TV One.

Sejak letusan bermula pada 26/10/10 sehingga kini, letupan Gunung Merapi telah mengorbankan 113 orang. - petikan - CNN

Lebih banyak mayat ditemui selepas letusan terbaru. Letusan 
gunung berapi yang lebih kuat dijangka akan berlaku.

Pakar forensik memeriksa mayat di sebuah hospital di  
Yogyakarta. Kematian dijangka meningkat kerana 
ramai mangsa yang tercedera melecur parah.

Hujan abu melanda bandar Magelang. Kelihatan 
seorang penunggang motosikal yang diselaputi abu.

Pemandangan dari pesawat penerbangan ke Yogyakarta dari Denpasar 
yang dialihkan ke lapangan terbang Surabaya disebabkan 
abu gunung berapi.
 -berita bergambar - Dailymail

Update 6/11/10:

Tujuh orang lagi terbunuh setelah letusan gunung berapi memuntahkan abu panas ke sebuah desa pada hari Sabtu, seorang pegawai hospital mengatakan.

Merapi terus menyemburkan awan abu panas berserta gegaran yang berterusan, menurut data dari Badan Pembangunan Teknologi Vulkanologi dan Penilaian Indonesia.

Data juga menunjukkan bahawa awan abu panas yang melanda sebuah kampung mencapai 450-600 darjah Celsius (842 hingga 1,112 darjah Fahrenheit).

Kebanyakan mayat yang ditemui dalam keadaan terbakar teruk. "Kami hanya boleh mengenal pasti 11 orang yang mati kerana cedera terbakar yang terlalu teruk," kata Endita, jurucakap Hospital Sardjito di Jawa Tengah.

"Ramai mangsa dari sekitar 10 hingga 20 kilometer dari gunung berapi," tambah Endita.

Angka kematian kini meningkat kepada 120 orang. - petikan - CNN

 Gambar letusan gunung berapi yang diambil dari daerah Klaten
pada waktu menjelang pagi 6 November, 2010.

Lembu yang mati dan kereta yang hangus diselaputi abu di 
kampung Argomulyo.

Seorang wanita menolak basikal di jalan yang dipenuhi abu 
di  Yogyakarta.

-berita bergambar - Guardian

Update 8/11/10:

Bernama hari ini memberitakan bahwa aktivi Gunung Merapi yang tak menentu pada letusan kali ini menyulitkan pakar-pakar gunung berapi meramalkan bilakah ia akan berhenti meletus dan kembali normal.

Sejak letusan pertama pada 26 Okt lepas gunung berapi berusia 400,000 tahun itu terus meletus, malah letusan pada Jumaat lalu (5 November) dianggap paling dahsyat sejak seabad lepas apabila ia menyembur awan panas abu volkanik setinggi 8,000 meter ke udara, berterbangan dan melanda sehingga ke kota Yogyakarta, yang terletak 32km dari puncak gunung berapi itu, selain turut mengorbankan lebih ramai penduduk di lereng gunung itu.

- Lihat gambar dan berita terkini peristiwa letusan Gunung Merapi di http://lipsus.kompas.com/merapimeletus

Ulasan