Wartawan foto dedahkan imej cemas kejadian rusuhan 6 Jan

Dua tahun selepas kejadian rusuhan 6 Januari di Capitol AS oleh penyokong Trump, seorang wartawan foto kini telah mengeluarkan gambar yang dirakam pada hari tersebut.

Untuk buku terbarunya, Insurrection, Nate Gowdy memberitahu bahawa dia telah disalah anggap oleh beberapa ahli kumpulan perusuh sebagai "rakan senegara" mereka, manakala ada yang lain menyerangnya kerana dia dianggap menjadi sebahagian dari "berita palsu."

Gowdy menuju ke D.C. dari Seattle untuk membuat liputan yang sepatutnya menjadi perhimpunan politik untuk majalah Rolling Stone. Tetapi dia kemudian menyedari bahawa tugasannya menjadi jauh berbeza dengan banyak tugasan yang pernah dia lakukan sebelum ini.














Gambar: nategowdy.com

Ulasan