Rokok berbahaya, vape (?)

Kita sedar bahawa merokok boleh membahayakan kesihatan, tetapi kita mungkin tidak banyak bercakap tentang bahayanya kesan rokok elektronik.

Chris, yang ahli keluarganya menderita akibat vape berkongsi pengalaman tersebut di akaun Facebooknya pada Jun tahun lalu. Posting itu bagaimanapun kini kembali tular di media sosial.

Jika anda seorang penghisap vape yang berat, anda mungkin mengetahui kisah ini dan patut mempertimbangkan kesan menggunakannya.

Kredit:  WORLD OF BUZZ

Chris menyebut bahawa doktornya pernah berkata bahawa jika seseorang telah menggunakan vape selama lebih dari 2 bulan, berkemungkinan besar paru-paru mereka rosak. Seorang ahli keluarganya, yang tidak dinamakan, menggunakan vape selama 2 tahun sebelum dia mengalami kerosakan paru-paru.

Ulasan