'Pemburuan orca yang luar biasa'

BBC baru-baru ini telah mengeluarkan episod pertama Frozen Planet II yang memaparkan pemburuan orca yang luar biasa, difilemkan guna dron dalam perspektif yang belum pernah dilihat sebelum ini.


Suara latar oleh David Attenborough,

" Berpecah, mereka lompat-mengintip untuk mencari di aliran ais.

Apabila seekor anjing laut dikesan, kumpulan pencari memberitahu keluarga dengan panggilan perhimpunan.

Tetapi jika mahu mereka menangkap seekor anjing laut yang sedang berehat di atas kepingan ais yang begitu besar, pemburu perlu menukar taktik mereka.

Kali ini mereka menghasilkan satu gelombang sub permukaan.

Ia memecahkan ais kepada kepingan yang lebih kecil.

Tetapi anjing laut berkenaan masih mempunyai pelantar dan nampaknya dilindungi dari sebarang gelombang mendatang.

Ketua paus bagaimanapun mempunyai rancangan.

Bekerja dalam cara yang diselaraskan, pod berkenaan menolak pelantar ais anjing laut ke air yang lebih lapang.

Ketua kumpulan kini mencuba taktik lain yang akan mengelakkan kecederaan.. menghembus buih.

Ini mengelirukan anjing laut.. dan ikan paus bergerak masuk untuk membunuh.

Hanya kira-kira seratus paus pembunuh di dunia yang memburu menggunakan teknik ini.

Ia adalah penyelesaian yang bijak kepada masalah mencari mangsa di sini, di habitat beku yang paling ekstrem di bumi. "

Ulasan