Xiaomi perkenalkan robot yang mampu berinteraksi dengan manusia

Lupakan dulu telefon boleh lipat nipis mereka. Xiaomi baru sahaja mendahului Tesla untuk melancarkan prototaip robot humanoid yang berfungsi pada satu acara langsung awal semalam. Xiaomi CyberOne berukuran 177cm (5.8 kaki) tinggi, berat 52kg (115 paun), digelar 'Metal Bro' dan juga diberikan tanda zodiak Leo. Selepas berjalan terkedek-kedek ke tengah pentas, CyberOne memberikan bunga kepada CEO Lei Jun, sebelum ia menerima untuk berswafoto dengan lelaki yang bertanggungjawab ke atas kewujudannya sendiri. Robot itu kemudian keluar dari pentas tanpa sebarang masalah.


CyberOne ialah produk kedua keluar dari Makmal Robotik Xiaomi, selepas CyberDog pada Ogos 2021. Mesin humanoid ini mempunyai wajah dalam bentuk panel OLED melengkung, boleh melihat dunia dalam 3D dan mendengar dengan dua mikrofon untuk mengenal pasti "85 jenis bunyi persekitaran dan 45 klasifikasi emosi manusia." Badannya mempunyai sejumlah 21 darjah kebebasan yang terdiri daripada 13 sendi, dengan setiap darjah kebebasan mampu bertindak balas dalam 0.5ms. Penggerak anggota atasnya mempunyai tork keluaran sehingga 30Nm, dan boleh beroperasi dengan ketepatan sehingga 1Nm untuk sentuhan lembut. Di bawah, kaki dikuasakan oleh penggerak dengan "torsi puncak serta-merta sehingga 300Nm."


Tetapi nampaknya, CyberOne jelas tidaklah selincah Atlas Boston Dynamics. Cumanya, Atlas tidak mampu berinteraksi dengan manusia sebagaimana CyberOne.

Ulasan