15 gambar ilusi optik

Apakah ilusi optik

Ilusi optik berlaku apabila objek yang kita lihat berbeza dari keadaan sebenarnya.

Ilusi optik terjadi disebabkan otak kita tidak dapat mentafsir dengan tepat objek yang dilihat oleh mata kerana gangguan keadaan di sekitar objek. Titik buta tidak mempunyai sebarang reseptor yang peka terhadap cahaya; hal ini menyebabkan imej yang jatuh pada titik tersebut tidak dapat dilihat.

Ilusi optik boleh dibahagi ke beberapa jenis. - lihat di Wikipedia.

15 gambar ilusi optik

Jika anda tenung di tengah gambar ini lelama, anda akan merasa jejalur hitam bergerak-gerak. Skrol, dan bahagian tengah imej kelihatan memancar (kurang berkesan jika dilihat di paparan kecil).


Berapakah jumlah tanda titik hitam yang ada di gambar ini? Sebenarnya, takda satu pun.

Bulatan yang takkan ada di alam nyata.

Ada seorang wanita tua di dalam seorang wanita muda atau sebaliknya. - Gambar ini diterbitkan di sebuah majalah humor pada tahun 1915 dengan tajuk, 'Isteri Saya dan Ibu Mertua Saya'. Gambar asal muncul pada poskad Jerman, 1888.

Tumpukan perhatian pada titik tengah. Satu persatu warna hijau berkelip di titik merah jambu. Sebenarnya tiada warna hijau dalam gambar (gif) ini.

Berputar?

Semua garisan melintang di antara petak-petak hitam sebenarnya lurus dan rata. Tidak condong dan tidak melengkung.

Percayakah anda bahawa warna serta kecerahan di petak A dan petak B adalah sama? Klik gambar untuk lihat buktinya.

Dimanakah orang ini berada, di tingkat atas atau di tingkat bawah beam segi tiga?



Gambar tidak beranimasi. Hanya ilusi yang membuat kita merasa begitu.


Orang menjadi hidung, rumah menjadi mata dan daun menjadi rambut.

Yang ni.. angsa jadi telinga.
Getty Images
Seolah-olah dua wajah berlapis

Tahukah anda bahawa make-up berupaya menghasilkan ilusi optik yang sangat berkesan. Di tangan orang yang mahir, make-up boleh membuat orang yang tak berapa cantik menjadi sangat cantik. Malah, make-up juga mampu membuat rupa lelaki menjadi rupa wanita. Sebagai contoh, err .. takyahlah sebut nama orang yg dah glemer tu.


Ulasan