Lagu Hindustan dulu-dulu

Sapa yang masih ada mendengarkan lagu dari filem ini?

Lagu dari filem Bobby. Aku masih sekolah rendah semasa filem ini mula ditayangkan di panggung wayang pada akhir tahun 70an. Kalau tak silap aku, dulu ada 4 buah panggung di bandar (Muar), sekarang satu pun dah takda.

Berpusu-pusu orang pergi menonton filem ni. Top habis! Aku rasa takda seorang pun di kampung ku yang tak pergi tengok cerita Bobby. Malah ada yang dua tiga kali menonton. Lagunya jadi siulan (oleh orang yang tahu bersiul). Ada seorang kawan ku tu bukan main hafal senikata, menyanyikan lagu Hindustan ni walaupun tak faham apa maksudnya. Nostalgia betul la bila ingat zaman tu.

Berita
- Pada hari Khamis lalu Rishi Kapoor, pelakon utama filem Bobby telah meninggal dunia.

Rishi Kapoor
Indian actor
Cause of death: Leukemia
Date of death: April 30, 2020
Place of death: Mumbai, India
https://www.google.com/search?q=rishi+kapoor+death

UPDATED

Ulasan