PKP akan dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei 2020

Perintah Kawalan Pergerakan yang dijangka berakhir pada 28 April 2020 akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei 2020. Wah!

Bermula dari PKP1 yang dilaksanakan pada 18 Mac lalu kemudian ke PKP2 seterusnya ke PKP3 yang baru nak berakhir, kini ditambah dengan PKP4 yang akan berakhir pada 12 Mei nanti.

Ini bermakna kita dijangka melalui tempoh PKP selama 2 bulan (57 hari). - Panjang tempoh tersebut hanya jangkaan, belum muktamad sebab PKP masih berjalan. Manalah tau nanti ada pulak PKP5!

Sabo aje la. Di bulan Ramadhan ni kita berpuasa dan duduk diam-diam di rumah.

Pengumuman tempoh PKP yang baru terkandung di teks-perutusan-khas-Perdana-Menteri-23-April-2020.

Ulasan