Ada ke munasabah, memasukkan 'disinfectant' (cecair pembasmi kuman) ke dalam badan untuk mengubat Covid-19!? Itulah yang dicadangkan oleh Trump dalam satu sidang media. Bxxxxxg betul.
Setahu aku (semua orang pun tahu) tertelan disinfectant membahayakan, boleh membuat seseorang sakit perut dan muntah-muntah malah jika terlalu banyak boleh membawa maut. Biasanya disinfectant digunakan untuk luaran badan seperti tangan - mencuci tangan. Ianya terkandung di sesetengah pencuci seperti sabun mandi, cecair pencuci sinki, cecair pencuci tandas, cecair pencuci lantai dll - untuk membunuh kuman. Ada pulak nak diinjek ke badan !?
Kita tengok video, pemberita CNN membuat ulasan tentang cadangan yang mengejutkan ini,
Sehubungan dengan perkara berkaitan, syarikat Reckitt Benckiser, pengeluar Lysol dan Dettol, dengan segera mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan tidak dalam apa-apa keadaan sekali pun produk pembasmi kuman keluaran mereka patut dimasukkan ke tubuh manusia (melalui suntikan, dihadam atau melalui saluran lain).
#rb: "As a global leader in health and hygiene products, we must be clear that under no circumstance should our disinfectant products be administered into the human body (through injection, ingestion or any other route). As with all products, our disinfectant and hygiene products should only be used as intended and in line with usage guidelines. Please read the label and safety information."
Hah tengok tu. Syarikat pengeluar cecair pembasmi kuman pun takut kalau-kalau akan ada orang yang bulat-bulat menerima cadangan bodoh Trump.
* Itu kat AS. Kalau kat tempat kita ada tak pemimpin yang membuat cadangan sekatun ini? Err..

Dr. Deborah Birx pun kelihatan serba salah dalam memberi reaksi kepada cadangan Trump.

Ulasan