Luar biasa dan ngeri. Perkara yang sangat mustahil boleh dilakukan, kini dikatakan tidak lagi mustahil – melalui pembedahan pemindahan, kepala manusia boleh ditukar!?
Menurut seorang pakar neuro, Dr. Sergio Canavero, halangan teknikal kepada cantuman kepala seseorang itu ke tubuh orang lain kini boleh diatasi. Canavero menggariskan satu prosedur pemindahan kepala yang berjaya dijalankan ke atas monyet pada tahun 1970.
Masalah pada pemindahan itu adalah ahli-ahli sains tidak dapat menyambung saraf tunjang haiwan kepada tubuh penderma, menjadikan haiwan berkenaan lumpuh di bawah titik pemindahan. Tetapi, kata Canavero, kemajuan teknologi terbaru dalam menyambungkan saraf tunjang sekarang membuka ruang bagi terwujudnya pemindahan kepala yang boleh dilakukan ke atas manusia.
Garis panduan prosedur Canavero seakan sama dengan yang digunakan oleh Robert White, yang berjaya memindahkan kepala monyet ke badan monyet yang lain pada tahun 1970. Pertama, kedua-dua pesakit dan penderma mestilah dalam bilik operasi yang sama. Kemudian kepala yang akan dipindahkan perlu disejukkan kepada di antara 12° C dan 15° C (54.6° F dan 59° F). Bertindak dengan pantas, pakar bedah mesti memotong kedua-dua kepala pada masa yang sama, dan menyambung semula kepala untuk dipulihara oleh sistem peredaran darah badan penderma dalam tempoh satu jam. Semasa prosedur penyambungan semula, badan penderma juga perlu sejuk, dan degupan jantung mesti didorong.
Canavero menganggarkan bahawa jumlah kos pemindahan kepala adalah sekurang-kurangnya €10 juta (USD13 juta).
Dan yang pastinya, prosedur ini amat kontroversi. #QUARTZ
- Jika pembedahan pemindahan kepala ni benar terjadi, mana yang lebih tepat boleh kita katakan.. orang tukar kepala atau orang tukar badan?
Menurut seorang pakar neuro, Dr. Sergio Canavero, halangan teknikal kepada cantuman kepala seseorang itu ke tubuh orang lain kini boleh diatasi. Canavero menggariskan satu prosedur pemindahan kepala yang berjaya dijalankan ke atas monyet pada tahun 1970.
Masalah pada pemindahan itu adalah ahli-ahli sains tidak dapat menyambung saraf tunjang haiwan kepada tubuh penderma, menjadikan haiwan berkenaan lumpuh di bawah titik pemindahan. Tetapi, kata Canavero, kemajuan teknologi terbaru dalam menyambungkan saraf tunjang sekarang membuka ruang bagi terwujudnya pemindahan kepala yang boleh dilakukan ke atas manusia.
Ilustrasi pemindahan kepala yang dilakukan oleh Robert White ke atas monyet. |

Ulasan