Whitney Houston meninggal dunia

Whitney Houston.
Semalam banyak lah laman-laman web berita yang menyiarkan berita tentang kematian penyanyi terkenal, Whitney Houston.

Menurut berita, beliau ditemui mati lemas di dalam tab mandi bilik hotel oleh pengawal peribadi. Ubat tidur yang dicampur dengan alkohol dipercayai membuat beliau tertidur di tab mandi dan menyebabkan kematian beliau. Botol-botol arak dan ubat tidur ditemui di bilik hotel. Kematian beliau juga dikaitkan dengan penagihan kokain.

Paramedik mengesahkan beliau mati pada 3:55 petang waktu tempatan, 11 February, 2012. Whitney Houston berusia 48 tahun.

Mayat Whitney Houston dibawa keluar dari hotel
di mana dia ditemui mati, di LA.
Saat-saat terakhir: Whitney Houston di sebuah
kelab malam pada malam Khamis lalu.
Lihat di Mail Online

Ulasan