Kena saman

Surat berharga yang
juga menyumbang kepada
pendapatan negara.
Hari tu aku ke bandar, cari barang ganti mesin. Hampir setengah jam aku pusing-pusing cari parking di Jalan Abdullah, tak dapat. Jalan penuh sesak dan tempat letak kereta di sisi jalan takda yang kosong. Oleh kerana dah naik boring, aku pun nekad meletakkan kereta ku menyerong di satu ruang kecil di tepi jalan yang hanya memuatkan bahagian depan kereta saja. Aku terus ke kedai barang ganti berkenaan. Tak lama aku berada di situ, ada la lima belas minit.

Keluar dari kedai, laa.. cantik je aku tengok ada sekeping surat terselit di wiper kereta ku. Surat saman.

Pantas betul la polis peronda tu buat kerja. Tak kasi chance langsung. Apa
nak kata, dah salah sendiri.

Aku belum bayar pun saman tu. Dengar cerita kena 150 ringgit. Phh.. tak pasal-pasal.


Gambar hiasan, kebas di Worth 1000.
Kereta aku tak le parking macam ni.

Ulasan

nasarudin berkata…
janji duit masyuk...hahahaha