Platform blog yang paling boleh diharap

Baru saja terbaca di Pingdom.com (pemantau tempoh berfungsi sesuatu perhidmatan di internet) tentang hasil pemantauan mereka terhadap lima platform blog utama iaitu WordPress.com, Typepad, Tumblr, Posterous dan Blogger yang dibuat dalam tempoh dua bulan (15 Oktober - 15 Disember, 2010). Menurut mereka, dalam tempoh berkenaan tidak sesaat pun perhidmatan Blogger mengalami 'downtime' (terhenti) berbanding platform blog yang lain dan mereka buat kesimpulan bahawa Blogger adalah platform blog yang paling 'reliable' (boleh diharap).

Lima platform blog utama.

Di bawah, empat carta hasil pemantauan dari laman web Pingdom. Tidak terdapat carta untuk Blogger, hanya tercatat:
Blogger homepage uptime: 100.00%
Average Blogger blog uptime: 100.00%





Di bawah ni pula susunan platform blog yang paling boleh diharap (dan yang paling tak boleh diharap) yang dicatatkan oleh Pingdom:
1. Blogger
2. WordPress.com
3. Typepad
4. Posterous
5. Tumblr
Caya la Google!! (Blogger tu Google punya)

- Lihat di Pingdom.com

Update 15/5/2011:

Selesai saja buat entri di post ini pada awal pagi semalam, Blogger menjadi 'read mode', tak boleh nak edit, tak boleh nak buat post baru. Post ini pun turut ghaib begitu saja. Aikk.. blog aku buat silap mata ke? Atau aku silap mengusik-usik kode template?

Baru tadi aku lihat post ini muncul semula dan boleh nak edit-edit. Rupanya bukan silap aku, Blogger punya hal. Lihat di Blogger Buzz.. "We’re very sorry that you’ve been unable to publish to Blogger for the past 20.5 hours", diaorang kata.

Ulasan