Henfon tak canggih tapi mahal

Æsir.

Æsir adalah henfon yang 'tulen' dan ringkas. Boleh digunakan untuk menelefon dan SMS, itu saja. Tiada pelayar internet, tiada GPS, tiada kamera dan apatah lagi perakam video, memang takda. Henfon 'tulen' sebegini biasanya boleh didapati di pasaran kat tempat kita dengan harga di bawah 100 ringgit. Tapi jangan terkejut, harga Æsir ni jauh lebih mahal dari henfon yang serba canggih, iPhone 4 ataupun Galaxy S II, iaitu hampir mencecah ke 200,000 ringgit! (terbaca di internet harganya £37,000) Phh..

Tukang-tukang mahir Eropah mengambil masa tiga tahun untuk membuat rekabentuk, menggunakan bahan terbaik dan disalut emas. Cermin skrinnya diperbuat dari sapphire sama seperti cermin jam tangan berkualiti tinggi. Tiada pemasangan bahagian badan henfon ini yang dilekatkan, semua diskru menggunakan skru waja.

Yang jelasnya, henfon ini hanya untuk orang kaya yang berlebih-lebih duit..

Lihat di aesir-copenhagen.com

Ulasan

membazir, membazir..
Cik Liyana Emelia berkata…
pergh..gile kentang..!!