Gadis dibelasah hingga koma


Agak terkejut aku melihat gambar di atas ni yang ku ambil dari Mail Online. Bukan mangsa kemalangan jalanraya tapi mangsa belasah. Dan yang lebih mengejutkan lagi dia bukan dibelasah oleh musuh ketat atau peragut, tetapi teman lelaki sendiri!

Apa kejadahnya pulak buat teman wanita hingga begitu teruk sekali? Phh.. gila. Itu bukan teman lelaki namanya, tapi beruk jantan tak guna..
ha geram pulak aku nengoknya.

Kalau aku jadi keluarga si gadis, aku pakat ramai-ramai belasah jantan bangsat tu pulak. Lepas tu baru repot polis. Apa tidaknya, sampai koma gadis tu dikerjakannya.

Gadis berkenaan, Tirion Lewis, 20 tahun, seorang pelajar universiti kini pulih dari kecederaan setelah koma selama sebulan dan mendapat rawatan selama 18 bulan. Bagaimanapun, beliau masih mendapat rawatan doktor pakar di Oliver Zangwill Centre di Cambridgeshire kerana trauma, kehilangan memori dan epilepsi.

Jantan yang membelasah gadis terbabit, Wayne Beruk Fox, kini dalam tahanan menunggu perbicaraan di Swansea Crown Court pada minggu depan.

Muka Beruk Fox,
kaki pukul perempuan.
Tirion kini  pulih dari kecederaan fizikal.

Ulasan

Gen Fujita berkata…
Laki tu ada skizo, mental ada sikit screw longgar.
Orandableg berkata…
ya la tu, tak tahu nak bezakan punching bag dgn muka.