PUTRAJAYA 13 Okt. - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan bahawa bahan pengawet yang terdapat dalam produk mi segera ‘Indomie’ yang diimport dari Indonesia adalah selamat dan tidak mendatangkan risiko kesihatan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bahan itu yang dikenali sebagai ‘hydroxyl-benzoic acid methyl ester’ mendapat pengesahan penggunaan daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa Bersatu dan sebuah jawatankuasa pakar bahan makanan antarabangsa yang ahlinya terdiri daripada pakar-pakar makanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Bahan pengawet ini selamat untuk digunakan dalam makanan mengikut had yang telah ditetapkan,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Serantau WHO bagi Pasifik Barat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini yang memasuki hari ketiga hari ini.
Tiong Lai berkata, bahan pengawet itu yang berbentuk garam serta sering terdapat dalam produk snek dan makanan ringan mempunyai amaun yang boleh dimakan sehingga 10mg/kg berat badan sehari tanpa memberi kesan kepada kesihatan dalam jangka masa panjang. - Bernama
Berita baik, sebab aku suka makan mi segera - berbagai jenama termasuklah Indomie. Mi segera telah beberapa kali melegakan perut lapar ku di waktu tengah malam.
Cerita sikit (kisah benar):
Tengah malam, ketika anak isteri ku sedang lena dibuai mimpi, aku ke dapur.. buka tudung periuk, ada sepotong kecil ikan pari masak asam pedas, sayur kangkung ada sikit di piring dalam tudung saji. Nasi.. dah habis! Aku terus buka peti sejuk, keluarkan udang galah yang aku pancing petang tadi (mancing dapat 4 ekor, seekor besar selain nya sederhana besar). Ambil 2 ekor, buang kulit lalu ku goreng guna sedikit saja minyak masak. Bila udang tu agak separuh masak, aku tuangkan 1 setengah cawan air ke dalam kuali yang sama. Mendidih saja air, aku masukkan mi segera. Setelah 2-3 minit baru aku masukkan perencah. Taburkan sedikit potongan halus lada kecil. Padam api, masukkan mi ke dalam mangkuk, hidangkan mi. Mak ai.. punya la sedappp!! Kombinasi udang galah segar dan mi segera perisa soto ayam memang mengena.. phh., slurppp...
Ulasan