Perkataan yg tersimpan untuk diteka di TKHI

Petunjuk kata:
- Permulaan yg tiada pengakhiran, kekal untuk selamanya (1).
- Dalam sekumpulan adik-beradik seibu sebapa, anak tertua (anak pertama) tidak mempunyai ..... kandung (2).
- Membawa maksud paling besar, terutama, tertinggi (1).
- Bersifat semula jadi; 'natural' (1).
- Buku simpanan foto, stem atau mana-mana bahan koleksi, untuk tujuan kenangan (1).
- Yg dikerjakan atau yg dibuat; 'practical' (1).
- Memungut; memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya (1).
- Kekadang orang meluahkan perkataan ini, memanjangkan rasa kagum/hairan/tak puas hati (1).
- Misal, umpama; misalnya, katakanlah, sekiranya cth. tajuk lagu Alleycats: '.....nya Aku Pergi Dulu (1).
- Udara yg bergerak (bertiup) (1).
- Simbol (tanda, lambang) yg menunjukkan bilangan atau jumlah, nombor (1).
- Bulan ..... (2).
- Pelukis, penari, pemuzik, penyanyi, pelakon dsb biasanya digelar ..... ; seniman (1).
- Yg menjadi dasar. Ongputih kata 'fundamental' (1).
- Merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya (1).
- "..... kucing dengan anjing" Maksud: Selalu bertengkar (1).
- Membetulkan sesuatu yg rosak (1).
- Menyalakan sesuatu dgn api (1).
- Kebolehan semula jadi (1).
- "Masuk ..... angkat sendiri" (1).
- Jasa, perbuatan baik utk menyatakan setia (kasih, hormat, dll) (1).
- Ketua kampung bersama AJK sedang bermesyuarat di ..... Raya Kg Parit Baru (1).
- Bekas yg bahagian atasnya terbuka dan punya tangkai pemegang yang digunakan terutamanya untuk membawa cecair, mencedok air di perigi dll (2).
- Kembali, pulang (1).
- Arah mata angin (3).
- Merupakan keadaan tersusun lurus (orang, pokok, huruf, dll) (1).
- Kain pembalut (badan bayi terutama di bahagian perut); berkait dgn bedung (1).
- Kering lawannya ..... (1).
- Cuci, kumbah (1).
- Menghapuskan, membanteras, memerangi (1).
- Menjadi tidak sah atau diterima, tidak lagi dibuat atau dianjurkan (1).
- Runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara mengejut dan biasanya berulang (1).
- Bahan berbau harum (biasanya berupa serbuk halus) yg dipakai pd kulit (terutamanya pd muka) (1).
- Sesuatu yang boleh menampung barangan utk dibawa atau disimpan / tanda-tanda yg ditinggalkan, kesan cth. di laluan hutan itu ada ..... tapak kaki gajah (1).
- Istilah yg secara umumnya merujuk kepada mereka yang berumur di antara 15 hingga 25 tahun. Di Malaysia, istilah ini ditafsirkan sebagai seseorang yang berumur 16 hingga 32 tahun (1).
- Masih dlm keadaan tidak; masih tidak cth. bangunan itu sedang dalam pembinaan, ..... siap (1).
- Penuhkan pepatah ini, "Bagai ..... pulang ke lumpur", yang bermaksud: Selepas pulang ke tempat asal, tidak mahu pergi lagi. (1).
- Tidak salah; tidak keliru (1).
- Tidak suka; 'hate' (1).
- Daratan yg sangat luas (Asia, Eropah, Amerika, Afrika, dan Australia); kontinen (1).
- Lain perkataan bagi buang air besar (1).
- Padi yg sudah dikupas kulitnya dan sedia utk dimasak; bahan makanan asasi (1).
- Ringan lawannya ..... (1).
- Di sesetengah tempat, haiwan ini dijinakkan dan dilatih untuk memetik kelapa. Ongputih panggil haiwan ini 'Pig-tailed Macaque' (1).
- Alat yg dibuat drpd bulu serabut, plastik, dsb yg dilekatkan pd kayu, plastik, dsb, digunakan utk membersihkan (mengecat, menyapu dsb) sesuatu (1).
- Kecil lawannya ..... (1).
- Sediakala, spt yg sudah-sudah cth. keadaan huru-hara di negeri itu telah pulih seperti ..... (1).
- Bahagian luar pinggir mulut; tepi (cawan, mangkuk, dll) (1).
- Sinonim dgn sgt pandai, cerdik, pintar (1).
- Batu (tanah, pasir, dsb) yg mengandungi logam (1).
- Ruang di dalam rumah; kamar (1).
- Kecil, halus, kering cth. nelayan itu menjemur ikan-ikan kecil di panas matahari utk dijadikan ikan ..... (1).
- Jarang, tapi ada juga orang kata, "Pinggang ramping bak ....." (2).
- Tanpa klu, terus ke perkataan → BISIK (1).
- Bengkak yg bernanah dan bermata pd kulit (1).
- Lubang tiris (atap, perahu, dll), lubang pancit (tayar) (1).
- "Malaysia ....." (1).
- Ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu (3).
- Antara kata lain bagi 'emak' (1).
- Suka membelanjakan wang secara berlebih- lebihan (1).
- Sudah tidak suka lagi, jemu (2).
- Bekas bertutup diperbuat drpd kaca, plastik dll utk menyimpan cecair (spt minyak, minuman, dll) cth. ..... kicap (1).
- Sejenis reptilia semiakuatik besar yang hidup di kawasan tropika (1).
- "Nasi sudah menjadi ....." Maksud: Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi (1).
- Kanak-kanak kekadang dipanggil ..... (1).
- Lain perkataan bagi 'lonjong' (1).
- 'Not' (1).
- Kawasan tanah yang lebih tinggi daripada persekitarannya tetapi lebih kecil dan kurang curam berbanding gunung (1).
- "Bagai pungguk rindukan ....." (1).
- Bentuk bola (1).
- "Melentur ..... biarlah dari rebungnya" (1).
- Bahagian tumbuh-tumbuhan yg biasanya berwarna-warni dan kebanyakannya akan menjadi buah serta mengandungi benih di dalamnya (1).
- Sama sekali tidak bagus, tidak cantik, sudah lama cth. pondok ..... di dusun durian itu hampir roboh (1).
- Perkataan lain bagi 'lada' (1).
- Kain penutup tilam (1).
- Bicara, kata, tutur cth. Ahmad Nisfu: "Orang suruh action lain kali .....!" (1).
- Garis kesan dari kena sesuatu yg tajam (spt cakar, jarum, duri, dll) (1).
- Tanda (spt warna cat, kapur dll yg telah disapukan atau dipalitkan sedikit) cth. pegawai itu ada 3 ..... di lengan baju (1).
- Orang yg akan, atau dicadangkan utk menjadi, bakal pemegang sesuatu jawatan; cth. dia terpilih sebagai ..... dlm pilihan raya kali ini (1).
- Sebahagian lirik lagu Kembara - Impian Seorang Nelayan: 'Burung ..... hinggap di jejari, Seorang nelayan sedang bermimpi, Mimpi tentang duyung mimpi tentang untung, Biduk hanyut dibawa ombak Laut China Selatan' (1).
- Sejenis permainan papan, rekreasi dan berdaya saing yang dimainkan di antara dua pemain. (1).
- Bekas (kecil, biasanya bertangkai) untuk minum teh, kopi dan lain-lain; cangkir (1).
- Terlatih utk mengerjakan sesuatu, lancar, pandai (2).
- Bahan kosmetik yang digunakan untuk mewarnai kening (bulu mata, keliling mata) (1).
- Terbuka (mata), keupayaan (1).
- Perasaan yang timbul ketika kita khawatir atau takut akan sesuatu; rasa takut dan panik (1).
- Mencela, menghina (1).
- Laju, deras, kencang, pantas (waktu, kejadian, dll) cth. masa yg indah itu berlalu dgn ..... (1).
- Tidak gelap atau tidak kelam; terang, jernih cth. hari sudah ..... (1).
- Bekas yg digunakan utk menjerang air (1).
- Gulungan daun tembakau yang ditapai, dikeringkan dan diikat untuk tujuan merokok; 'cigar' (1).
- Perasaan kasih sayang; 'love' (1).
- Terkebelakang (dlm perlumbaan dll), tertinggal di belakang sekali (1).
- "..... paha sendiri dulu, baru ..... paha orang lain" (1).
- Bayaran yg dikenakan oleh kerajaan kpd orang perseorangan, perbadanan, syarikat, barang-barang dsb mengikut pendapatan (kadar pembelian, nilai tanah dll) utk perbelanjaan negara dll cth. ..... pendapatan (1).
- Tidak kurang (1).
- Memotong janggut (misai, rambut dll dgn pisau khas) hingga ke pangkalnya (1).
- Melarikan orang dengan paksaan untuk tujuan memperoleh wang tebusan dan sebagainya (1).
- Alat (bekas) untuk menyukat (beras, gandum dll) cth. Ali Baba meminjam ..... dari Kassim Baba untuk menyukat wang emas yg baru dikebas (1).
- Tanpa klu, terus ke perkataan → CURAH (1).
- Terjal, cerun, sangat menurun (hampir tegak); cth. tebing sungai itu sangat ..... (1).
- Air susu (lembu, kambing, kerbau dll) yg pekat atau telah dikentalkan (1).
- Tanpa klu, terus ke perkataan → DALAM (1).
- Keterangan (yg menjadi bukti sesuatu kebenaran, terutama yg berdasarkan ayat-ayat Quran) (1).
- "Hidup ....., aman dan ....." (2).
- Kawasan berair yg luas yg dikelilingi tanah (daratan); tasik (1).
- Memasak di ..... (1).
- Cecair merah yg mengalir dlm tubuh manusia atau haiwan (1).
- Bapa kepada ibu atau bapa kita, adalah ..... kita (1).
- Merupakan tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus. Suhu badan normal adalah 36.5°C-37.2°C (suhu di mulut), jika melebihi tahap suhu ini anda disahkan ..... (1).
- Sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung pulut, gula pasir, santan, gula melaka dan kadang-kadang dicampuri durian (1).
- Bumi dan segala yg terdapat di permukaannya, alam; 'the world' (1).
- Bohong, tidak benar (1).
- Suka mengutamakan (menonjolkan) diri serta bermegah-megah (1).
- Angka (3).
- Mengerti (1).
- Lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap-cakap), petah (1).
- Merujuk kepada binatang seperti mamalia, unggas, serangga dan ikan (dalam istilah zoologi) (1).
- Berkait dgn angan-angan, akal cth. "Apa kau ..... aku tak tahu?" (2).
- Benda tipis drpd seluloid yg dimasukkan ke dlm kamera utk membuat gambar (1).
- Semua tumbuhan yang hidup di dalam sesuatu kawasan atau masa, khususnya tumbuhan yang asli; sering disebut bersama fauna (1).
- Apabila kanak-kanak perempuan menjadi dewasa, dia digambarkan sebagai seorang wanita. Sebelum itu, kebiasaannya semasa remaja dia digambarkan sebagai seorang ..... (1).
- Gempar, huru-hara, riuh-rendah (kerana pertengkaran, kerusuhan, dll) (1).
- Burung dendang berbulu hitam berkilat dan berbunyi garuk; 'raven', 'crow' (1).
- Mamalia besar yg mempunyai belalai dan gading (1).
- Sejenis buah berbiji di luar (1).
- Kayu panjang (utk menjolok buah-buahan, menolak sampan, dll) (1).
- Dua kali ..... ; dua kali lebih banyak drpd yg asal; cth. Kes Covid-19 di negeri itu meningkat dua kali .....(1).
- Silih, penukar, pampasan cth. "Dimana Kan Ku Cari ....." (1).
- 'Salt' (1).
- Membuat tanda kecil yg panjang pd sesuatu permukaan cth. "..... dgn lurus guna pembaris," kata Cikgu Jamali kepada murid-muridnya (1).
- Biasa digunakan bersama sudu (1).
- Ikut suka (hati), biar, lantak / ..... biola / ..... gigi terus ke perkataan → GASAK, GESEK, GOSOK (3).
- Rasa tidak enak pd kulit hingga menimbulkan keinginan utk menggaru (disebabkan oleh gigitan semut, nyamuk, dsb atau penyakit kulit) (1).
- Tertawa besar (kerana lucu) (1).
- Tidak terdapat cahaya, sgt kelam, tidak terang (1).
- Suka benar (berbuat sesuatu) (1).
- Kurus lawannya ..... (1).
- Tempat aktiviti berjual beli bersaiz kecil, yg biasanya bersifat sementara sahaja (1).
- Sejenis polimer hidrokarbon kenyal yang terhasil dari koloid (dikenali sebagai lateks) (1).
- Marah, panas hati, sakit hati (1).
- Mencengkam, menyepit dgn gigi (1).
- Produk kosmetik yang memberikan warna, tekstur dan perlindungan kepada bibir pemakai (1).
- Lazimnya buah durian tidak dipetik, ia ..... lalu dipungut (1).
- Masakan yang mengandungi daging, ikan atau ayam, rempah antara lain kunyit, ketumbar, lada, lengkuas, halia, cili merah, bawang merah, bawang putih, adas, pala, serai, kayu manis dan jintan yang dihaluskan, dicampur, kemudian dimasak dengan bla bla bla (1).
- Jika bunyinya sangat kuat, lebih kuat daripada biasa, ia biasanya dirujuk sebagai halilintar. Apa dia? (2).
- Kawasan yg luas dan kering (biasanya diliputi pasir), padang pasir (1).
- Tidak ada yg tinggal lagi (kerana sudah dijual, digunakan, dibuang, dimakan, dimusnahkan, dll) (1).
- Benda halus kering macam serbuk yg terdapat pd permukaan bumi, pd permukaan objek, atau berterbangan ditiup angin (1).
- Pegawai yang dilantik untuk mengadili sesuatu perbicaraan di mahkamah; pengadil (1).
- Sama erti dengan mengandung, bunting (1).
- Bersinonim dengan sia-sia: gagal, tak berhasil, kecewa: putus harap (1).
- Tidak lebih drpd, cuma, sahaja (1).
- Nilai sesuatu (1).
- Barang-barang berharga (spt rumah, tanah, barang-barang kemas, dsb) yg dipunyai oleh seseorang (1).
- Bunga melati yang ..... baunya (2).
- Akal, muslihat, tipu daya; alasan yg dibuat-buat, dalih (1).
- Lazimnya daun pokok berwarna ..... (1).
- Warna yang paling efisyen menyerap panas (1).
- Wak Mustarjo: “Ani angkat kain jemuran, ..... dah turun!” (1).
- Kawasan luas yg biasanya ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar); biasanya menjadi habitat haiwan liar (2).
- ..... ialah makan di waktu awal pagi (sebelum azan subuh), manakala ..... ialah makan di waktu petang (sewaktu bermulanya azan maghrib) untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan (2).
- Promosi barangan dan perkhidmatan di tv, akhbar, majalah atau Internet (1).
- Keadaan cuaca (suhu, hujan) dlm jangka panjang di sesuatu tempat (1).
- Gerak hati yang menimbulkan daya cipta dan sebagainya untuk menghasilkan atau mencapai sesuatu (1).
- Makhluk yg punya akal budi, orang, manusia (1).
- Batu permata yg sangat indah (utk permata cincin dll); 'diamond' (1).
- Ukuran masa atau tempo (pd muzik) (1).
- Menurut bancian tahun 2020, kira-kira 63.5 peratus daripada 32.4 juta populasi rakyat Malaysia adalah beragama ..... (1).
- Hari .....(2).
- Peribahasa: "Alur bertempuh, ..... berturut" yang memiliki makna: dilakukan menurut adat (kebiasaan) yang lazim (1).
- Garis yg agak lebar dan lurus (pd kain dll), loreng yg lurus, belang (1).
- Bersinonim dengan serapah, mantera, azimat, guna-guna (1).
- Sebuah ikrar antara dua pihak atau lebih yang mengikat serta wajar diikuti. Selain melalui perkataan, ia juga boleh dibuat dalam bentuk bertulis (1).
- Keluli halus yg tajam hujungnya dan berlubang (satu tempat memasukkan benang) utk menjahit pakaian dll (1).
- Mendedahkan pada panas matahari cth. kain basuhannya di..... di belakang rumah (1).
- Puas, kenyang sekali (sehingga menjadi jemu) cth ..... mencari tidak berjumpa (1).
- Tali pencerut utk menangkap (memerangkap) binatang dll (1).
- Mengeluarkan suara yg sangat kuat, teriak; 'shout', 'scream' (2).
- Buah-buahan (sayur, telur, ikan, dll) yg telah diasamkan (atau diasinkan) (1).
- Cermat (tentang perbelanjaan wang atau penggunaan sesuatu), hemat, tidak boros (1).
- Merupakan tarian popular bagi kesemua tari rakyat; cth. ..... lambak (1).
- Seseorang maupun kelompok yang menguasai kemenangan (pertandingan, peraduan, liga dll), menang tempat pertama dalam pertandingan (2).
- Rod panjang yg digunakan untuk memancing; 'rishing rod' (1).
- Baju panjang cara Arab (1).
- Bercakap benar, bersikap amanah, dan ikhlas dalam setiap perlakuan (1).
- Ubat yg berfungsi meningkatkan kekerapan dan memudahkan pesakit untuk membuang air besar, ubat pencuci perut; laksatif (1).
- "Hai, lama tak ....." (1).
- Wap air yg kelihatan spt asap yg berada dekat muka bumi (biasanya pd waktu pagi) (1).
- Tanpa klu, terus ke perkataan → KADAR (1).
- Tanpa klu, terus ke perkataan → KALAU (1).
- Tidak dapat dipengaruhi atau dimasuki sesuatu (1).
- Kiri lawannya ..... (1).
- Kepingan lut sinar kaca atau plastik yg salah satu atau kedua-dua permukaannya melengkung, yg digunakan utk menukar tumpuan alur cahaya (1).
- Alat drpd bilah besi yg tajam dan bertangkai kayu (utk menebang pokok, membelah kayu, dll) (1).
- Bahtera atau perahu besar (1).
- Serat dari buah pokok renek yg biasanya digunakan utk dibuat benang (1).
- Material lembut berwarna putih dan halus berasal dari batuan enapan mineral kalsium tersusun; cth. Ahmad Nisfu: "Aih, ni cat ke .....?". "Bedak tuan", jawab Aziz Satar (1).
- Tenggelam (perahu dll) (1).
- Selain tahan calar, keluli adalah sejenis besi yg tahan ..... (1).
- Tidak benar, bohong, dusta cth. banyak cerita menakutkan ttg tasik itu yg berkemungkinan cerita ..... (1).
- Tanpa klu, terus ke perkataan → KASIH (1).
- Sepatu (1).
- Sejenis haiwan amfibia yg melompat, berkaki renang, berkulit licin, dan tidak berekor (1).
- Sebahagian daripada perabot rumah, untuk orang tidur di atasnya (1).
- Bersinonim dgn taulan, handai, sahabat, teman cth. dia punya ramai ..... kerana sikapnya yg peramah dan baik hati (2).
- Menggerakkan (sampan, basikal, beca dsb) (1).
- "Ditembak tak lut" (1).
- Besar lawannya ..... (1).
- Tanpa klu, terus je ke perkataan → KECUT (1).
- Bangunan tempat menjual barang-barang, gerai, toko (1).
- Hambat, buru (1).
- Bilik (tempat) belajar, bilik darjah (1).
- Rasa seakan-akan hampir pahit (1).
- Bahagian tubuh binatang (burung, serangga, dll) yg digunakan utk terbang (2).
- Acap kali, selalu, sering (1).
- Bersinonim dengan kuat (kukuh, teguh, tegap, liat) Berantonim dengan lembut (1).
- Sejenis senjata tikam berkeluk yg secara umumnya digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan mula digunakan sebagai alat kebesaran diraja (1).
- Sudah menjadi ..... pegawai polis itu mengawal pergerakkan lalulintas di persimpangan yg sesak (2).
- Tidak jernih, agak kotor (1).
- Berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara yg tlh berlaku, perbuatan yg tlh dibuat, dll) (1).
- Binatang yang secara semulajadinya berjalan mengiring (1).
- Menggigil (kerana takut dll) (1).
- Tidak longgar, kuat atau erat melekat, sendat (1).
- Orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, perkumpulan, pertubuhan, jabatan dll) (1).
- Tanpa klu, terus ke perkataan → KETUK (1).
- Penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam hasil penapaian kacang soya, bijirin, air garam dan acuan Aspergillus (1).
- Kiri; gemar (cenderung) menggunakan tangan kiri darpada tangan kanan (1).
- 'Lightning' (1).
- Alat yg digerakkan atau dikibas-kibaskan; mengadakan angin (1).
- Tanpa klu, terus ke perkataan → KIRIM (1).
- Hal, cerita, kejadian, riwayat terus ke perkataan → KISAH (1).
- Kumpulan air bertakung semula jadi atau buatan manusia yang lebih kecil daripada tasik (1).
- Sejenis bekas yang mempunyai pelbagai bentuk tapi biasanya berbentuk segi empat dan dibuat drpd kadbod (1).
- Tidak bersih (1).
- Bersinonim dengan muara, mulut sungai, hilir (1).
- Bekas besi berbentuk bulat mencembung mungkum di dasar yang digunakan untuk tujuan memasak; biasanya utk menggoreng (sayur, ikan, keropok dll) (1).
- Daya atau kemampuan (utk melakukan, mengawal atau mengerjakan sesuatu) cth. Jabatan Imigresen punya ..... utk menahan pendatang asing yang tidak mempunyai dokumen yg sah (1).
- Nama saintifiknya Brassica oleracea dan merupakan sejenis sayur daun; 'cabbage' (1).
- Cendawan ialah sejenis ..... (1).
- ISI & ..... (1).
- Bahasa mudah bagi organisma mikroskopik yang boleh menyebabkan penyakit dan jangkitan jika ia masuk ke dalam badan kita. Sains menyebutnya Pathogen (1).
- Bulu yang tumbuh di antara bibir atas dengan hidung (2).
- Tanpa klu, terus ke perkataan → KUNCI (1).
- Membuang atau mengopak kulit (buah-buahan), menguliti, mengopek / mengkaji dan menghuraikan sesuatu perkara (1).
- Dermatophytosis merujuk kepada sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Umumnya ia dipanggil ..... (1).
- Tamar (1).
- Gemuk lawannya ..... (1).
- Bersimpul-simpul dgn tidak berketentuan hingga susah hendak dicerai-ceraikan (berkaitan rambut, benang, tali dll) (1).
- Turun atau tergantung ke bawah cth. kain sarungnya ..... hingga menyapu lantai (1).
- Proses pada akhir kehamilan (1).
- Serangga (yg biasanya hinggap pd benda kotor dan pd makanan) (1).
- Ramlee: "Wahai dinda ku yang cantik rupawan, kanda masih terbayang semasa kita bercengkerama di bawah sinaran ..... minyak tanah" (1).
- Kapten Jack Sparrow (1).
- Berasa hendak makan (kerana perut kosong) (1).
- Beritahu kpd, mengadu (1).
- Ongputih kata 'dissolved' (1).
- Tanpa klu, terus ke perkataan → LATIH (1).
- Tanpa klu, terus ke perkataan → LAWAN (1).
- Rasa yang lazimnya disukai; enak (2).
- Sejenis serangga terbang sosial yang hidup berkelompok, lebih dikenali kerana peranan mereka dalam mengahwinkan bunga dan menghasilkan madu (1).
- Memar, luka tertutup; dalam istilah patologi, ia lebih dirujuk kepada kecederaan tajam yang merosakkan dermis pada kulit dan tidak kelihatan luka berdarah di luar cth. di bawah matanya ..... kerana ditumbuk oleh Maik Tai Sen (1).
- Luas, tidak sempit; 'wide' (1).
- Melewati, melampaui, mengatasi; lawan kurang (1).
- Menjadi cair (logam dll), hancur, luluh (1).
- Bom yg dilemparkannya itu telah me..... (2).
- Tidak lambat atau lengah, cepat, segera cth. "..... pakai kasut, jangan nanti tertinggal bas", kata ibu kepada anaknya yg hendak ke sekolah (1).
- Tanpa klu, terus ke perkataan → LEKAT (1).
- Tidak bertenaga, tidak berkuasa, tidak kuat, lesu (1).
- Zat minyak pd binatang (melekat pd daging) (1).
- Keadaan yang berlaku apabila oksigen terhalang/sekat daripada memasuki saluran pernafasan akibat tenggelam dalam air dsb (1).
- Binatang ternakan; utk mendapatkan susu dan dagingnya (1).
- Tidak terikat lagi, tidak mempunyai pertalian (perhubungan, sangkut paut) lagi, bebas (1).
- Tidak ada lagi, hilang, lenyap, ghaib cth. wang tabung masjid itu telah ..... (1).
- Tidak kesat cth. dia tergelincir ketika turun di tangga yg ..... (1).
- Otot rangka pada dasar mulut yg boleh digerak-gerakkan bagi menangani makanan (digunakan sbg alat perasa, utk bercakap, menjilat, dll) (1).
- Pantas, laju berpusing (gasing, kipas dll) (1).
- Seperti .....; membakar diri untuk menerangi orang lain (1).
- "..... masak sebelah, perahu karam sekerat." Takrif: Hukuman yang berat sebelah kerana memandang harta, orang, kedudukan dan sebagainya (1).
- Haiwan berbisa yg punya byk kaki (1).
- Peribahasa: "Seperti ..... kudung" Maksud: Sentiasa bergerak dengan cepat dan pantas (1).
- "Kajang tuan kajang ber....., Kajang hamba mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang hamba terbuang lalu" (1).
- Perjalanan atau laluan yang bermula dan berakhir di tempat yang sama, titik permulaan dan titik kedatangan adalah sama; cth. ..... lumba kereta (1).
- Sejenis tanaman yang berisi dalam tanah. Ada merah ada putih (1).
- Sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan dan enak rasanya terus ke perkataan → LOKAN (1).
- Bubu ialah sejenis alat menangkap ikan di kawasan air tawar. Kekadang ia juga disebut ..... (1).
- Membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb) (1).
- ..... lari 100 meter (1).
- Tumbuhan kecil dan lembut yg tumbuh di tempat yg lembap atau berair (1).
- Tidak bengkok, tegak (1).
- Sendi di antara paha dan betis (1).
- Tanah rendah antara gunung-gunung, jurang, lembah (1).
- Seperti, umpama (1).
- ..... dan ..... untuk hidup (2).
- SIANG & ..... (1).
- Tidak gembira, tidak berapa terang (cahaya) (2).
- Rajin lawannya ..... (1).
- Mencuci (membersihkan, membasuh, membasahkan) tubuh dgn air (1).
- Se..... gula (1).
- Mukanya ..... padam kerana ..... (2).
- Mukanya berkerut kerana memakan buah yg ..... (1).
- 'Still' (1).
- Rasa spt rasa garam (1).
- Orang utan termasuk dalam keluarga ..... besar (1).
- Kepunyaan, hak (1).
- Sesuatu yg dialami atau dilihat semasa dlm tidur (1).
- 1 jam bersamaan 60 ..... (1).
- Hujung sungai yang bertemu laut (1).
- Tidak susah atau sukar, senang (1).
- Merupakan sub-pembahagian daerah (daerah kecil) serta ia dipecahkan pula kepada beberapa kampung (1).
- Tinggi (kedudukan, pangkat, martabat, dsb), luhur; (ejaan Jawi موليا) (1).
- Bukaan tempat utk makan, minum atau bercakap (tempat lidah dan gigi); 'mouth' (1).
- Rendah harganya, tidak mahal (1).
- Burung yg sering berkicau terutama di pagi-pagi hari (1).
- Orang yang ditentang; seteru (1).
- Gubahan bunyi yg menghasilkan bentuk dan irama yg indah dan menyenangkan (1).
- Tanpa klu, terus ke perkataan → NAKAL (1).
- Kata yg membawa banyak maksud, antara maksudnya ialah tetapi. Oleh itu, penggunaannya boleh bertukar ganti dengan perkataan biarpun, meskipun, sungguhpun, walaupun (1).
- Cerita dlm bentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks (1).
- Ahli ..... merupakan orang yg berilmu untuk meramal akan sesuatu. Ramalan itu lebih berdasarkan peredaran planet, khususnya bintang-bintang, sehingga ilmu berkenaan boleh dikaitkan dgn astrologi; tukang tilik (1).
- Lain perkataan bagi 'kelapa' (1).
- Ibu kepada ibu atau bapa kita, adalah ..... kita (1).
- Gelombang permukaan air (seperti lautan, laut, tasik, sungai, terusan) (1).
- Perkataan yg ni ada kat keyboard TKHI, bawah sekali kat tepi (1).
- Sesuatu yg dibuat utk membatasi (menyekat, mendinding) kawasan rumah (kebun dll) (1).
- "..... bak hempedu" (1).
- Memasang atau melekatkan sesuatu ke badan cth. dia ..... baju kurung berkain sarung ke masjid (1).
- Tumbuhan paku ..... biasanya tumbuh di kawasan lembap dan pucuknya dapat dibuat sayur; sayur ..... (1).
- Tidak benar (tulen), lancung, tiruan (1).
- Mempertunjukkan, mempertotonkan, memperlihatkan (1).
- Boleh juga kita kata tinggi suhunya (1).
- Penyakit kulit yg berupa bintik-bintik, (tompok-tompok) putih disebabkan oleh jangkitan sejenis kulat dipanggil Melassezia (1).
- cth. ..... Puteri (dikenali sebagai Pengakap Puteri USA di Amerika Syarikat) adalah organisasi kepanduan untuk gadis dan pemudi (1).
- Keping kayu yg nipis atau lebar (1).
- Struktur badan yang terdapat pada mulut burung (1).
- Alat utk menkukur kelapa dll / hasil daripada proses penyembuhan kulit dan tisu yang umum berlaku selepas kecederaan yang disebabkan oleh trauma, jangkitan atau pembedahan (1).
- Bangunan atau kelompok gerai dsb tempat menjual (biasanya) barang-barang makanan keperluan sehari-hari spt ikan, sayur dll (1).
- Batu yg hancur halus spt yg dilihat di pantai, gurun dll; kersik halus (1).
- Menurut suruhan atau perintah; tidak mengingkari (1).
- Tanpa klu, terus ke perkataan → PATUT (1).
- Tidak mudah, tidak senang (4).
- Rasa sambal lazimnya ..... (1).
- Rasa sakit spt apabila luka kena air limau (mata kena asap dll) (1).
- Tertutup (mata) (1).
- Tidak dapat mendengar langsung atau tidak dapat mendengar dgn baik (1).
- Satu petempatan yg biasanya lebih besar daripada kampung tetapi lebih kecil daripada bandar / sama dgn nama satu daerah di Pahang (1).
- Tidak cair, kental, likat cth. santan itu boleh ditambah air jika terlalu ..... (1).
- Aneh, ganjil, tidak biasa, tidak lazim (1).
- Cecair yg keluar dr lubang-lubang seni pd kulit tubuh; keringat (1).
- Dakap (1).
- Kurang berupaya setelah melakukan sesuatu; jerih, letih (1).
- Seluruhnya berisi, tidak sedikit pun kosong (terluang)(1).
- Sejenis reptilia lautan daripada superkeluarga Chelonioidea dari order Testudines, kura-kura besar; 'turtle' (1).
- Logam yg berwarna putih dan berkilat (digunakan utk membuat perhiasan, duit dll) (1).
- Keharusan (yg tidak dapat dielakkan), kemestian; 'need' (1).
- Bahagian depan tubuh di bawah dada cth. .....nya buncit (1).
- Amanat (permintaan, suruhan, nasihat, dll); mesej (1).
- JERING & ..... (1).
- Bahagian drpd sesuatu ruang yg bersekat-sekat (1).
- Mengambil (buah, bunga, pucuk, dll) drpd tangkainya (1).
- Nasihat, petunjuk, atau panduan yg berguna (biasanya oleh orang tua-tua atau yg berpengalaman) (1).
- "Menang dapat ....." (1).
- Elton John menyanyi sambil bermain ..... (1).
- Tekan, urut (1).
- Sejenis serangga parasit kecil; 'bedbug' (1).
- Jebak, tawan cth. hatinya ter..... dgn seorang gadis sekelas (1).
- Mengangkat barang dgn menggalas di atas bahu (1).
- Jarang disebut, mungkin hanya di sini: "Ampun dan maaf di....." (1).
- Halangan yg blh dibuka/tutup utk keluar atau masuk (bilik, kereta, rumah dll) (1).
- Alat yang biasa digunakan di dapur utk memotong (sayur, ikan dll) (1).
- Hilang kesedaran buat seketika, pengsan; 'syncope' (1).
- Merupakan tumbuhan berkayu dalam alam tumbuhan. Sesejenis tumbuhan ditakrifkan sebagai ..... sekiranya tumbuhan tersebut mempunyai akar, batang, dahan, dan daun. (1).
- Menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkannya, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan niat (1).
- Putih pudar (air muka) (1).
- Jaring besar dan panjang utk menangkap ikan, biasanya digunakan di laut (1).
- Kembali spt biasa (keadaan semula), sembuh atau baik semula (drpd sakit dll) (1).
- Betulkan 1 perkataan dalam pembayang pantun klasik ini: 'Kerana lutup, santan binasa' (1).
- Binasa atau rosak semuanya (1).
- Bersinonim dgn silam, kuno, dahulu, usang, lama cth. di muzium itu ada dipamerkan barang-barang ..... (1).
- Warna yg paling cerah (spt warna kapas) (1).
- Tidak bersambung lagi, bercerai kerana terpotong dll (tali dll) (1).
- Kata yg bermaksud mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik, penglihatan jadi kabur; ada ..... jauh/dekat, warna (1).
- Jerat utk menangkap burung (1).
- Bahan yang boleh menyebabkan kecederaan, kesakitan, kemudaratan, atau kematian kepada sesuatu organisma termasuk manusia dan haiwan (1).
- Pemancaran (penghantaran, pengiriman, siaran) bunyi dll menerusi udara; cth. warta berita dari ..... Malaysia (1).
- Suka bekerja (belajar dll), giat, bersungguh-sungguh, tekun (1).
- Beberapa batang buluh (kayu dll) yg diikat berangkai (digunakan utk mengangkut orang, barang dsb, menyeberangi sungai dsb) (1).
- Sama erti dengan gelojoh, lahap (1).
- Barang yg banyak, orang yg ..... (1).
- Menggumpal-gumpal dan memeras-meras (1).
- Mudah (patah, cabik, pecah, putus, robek) (1).
- Merendamkan daging, sayuran atau buah-buahan dsb ke dalam air yang berada bersamaan takat didih; proses ini dipanggil ..... (1).
- Berhenti seketika daripada melakukan sesuatu aktiviti; rekreasi dan kesenggangan cth. murid-murid ke kantin pada waktu ..... (1).
- Garis yg nampak pd benda keras (tembok, pinggan dll) yg menunjukkan ia akan terpecah atau terbelah (1).
- Berasa tidak enak (tidak nyaman, tidak senang) kerana panas dll. (1).
- Perasaan emosional yg ingin sangat dan berharap benar berjumpa seseorang atau terhadap sesuatu (1).
- Tidak sempurna lagi, sudah tidak baik (1).
- "Kalau takut dilambung ombak, jangan be..... di tepi pantai" (1).
- Merupakan negara terbesar di dunia mengikut keluasan; ibu negara: Moscow (1).
- Merupakan sebuah istilah yang berasal dari bahasa Arab, َر َب ص yang berarti menahan, mencegah atau tabah; 'be patient' (1).
- Pisau (besi tajam) melengkung (utk memotong padi, rumput, dll) (1).
- Bahan pencuci pakaian (badan dll) (1).
- Kulit yg berserat (kulit nyiur, pinang, dll) (1).
- Adat hidup, sihat lawannya ..... (1).
- Betul lawannya ..... (1).
- Hablur-hablur ais yg turun dr awan (rupanya putih spt kapas) (1).
- Memandu kereta di jalan raya tanpa cukai jalan akan di..... (jika tertangkap, jika tidak, tidak) (1).
- Bendang (1).
- Yg mengakibatkan sesuatu, fasal, lantaran; kerana (1).
- Menarik masuk (ke dlm) dgn kekuatan udara (dgn mulut, hidung, dll), menghirup, menghisap (1).
- Nyaman dan sihat (badan), tidak berpenyakit, cergas, tidak layu cth. buah-buahan itu baru dipetik dan masih ..... (1).
- Tidak panas, rendah suhunya, dingin (1).
- Tanpa klu, terus ke perkataan → SEKAT (1).
- Bertahan di bawah air (1).
- Laut kecil yg menceraikan dua daratan atau pulau-pulau (1).
- Benih tumbuhan (yg telah bercambah) yg akan ditanam di tempat lain (1).
- Sekalian, segala; 'all' (1).
- Melakukan gerak badan dgn cara-cara tertentu (1).
- Serangga sosial, berkoloni yg merayap; tergolong dalam keluarga Formicidae cth. "Mati ..... kerana gula" (1).
- Tempat di anggota badan di mana dua atau lebih tulang bertemu (1).
- Pukulan dgn kaki, depak, tendangan (1).
- Lazimnya orang Cina makan guna ..... (1).
- Terus ke perkataan → SERAI (1).
- Suara yg ..... biasanya adalah keadaan di mana suara menjadi tidak normal. Suara mungkin menjadi lemah, bergetar, tertekan atau berlaku perubahan dalam frekuensi atau kekuatan bunyi (1).
- Tidak mengikut jalan yg betul, tersalah (tersilap) jalan (1).
- Tetap, teguh hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll); 'loyal', 'faithful' (1).
- 'Who' (1).
- Sakit lawannya ..... (1).
- Tingkah laku, perangai dan akhlak seseorang (1).
- Tanpa klu, terus ke perkataan → SILAP (1).
- Kesukaran untuk melihat dengan kehadiran cahaya sgt terang (1).
- Haiwan yg mendapat gelaran Raja Rimba (1).
- Gary dalam siri kartun Spongebob (1).
- Lain perkataan bagi sembahyang (dlm Islam) (1).
- Menghias diri; bermekap (1).
- Bunyi; bunyi manusia (bercakap, ketawa, menangis dll) (1).
- Campuran emas dan tembaga (1).
- Ramlee: "Kalau begitu besok pagi sebelum ..... beta akan sampai" "Cut! Sebelum ..... kau pergi buat apa, orang belum bangun tidur", marah pengarah Ahmad Nisfu (1).
- Telah siap sedia; selesai; habis; tamat. 'already' (1).
- Penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll); 'angle' (1).
- Berlutut sambil meletakkan dahi ke lantai (dlm sembahyang, memohon keampunanNya, bersyukur dll) (1).
- Perkataan yg merujuk kepada semua bentuk pertandingan aktiviti fizikal atau permainan yang menggunakan, mengekalkan atau meningkatkan keupayaan fizikal melalui penglibatan yang terancang (1).
- Kata yang biasa difahami sebagai takar, ukur (1).
- Kertas yg ditulis, segala sesuatu yg tertulis (tercetak dll); sarana komunikasi yang bertulis mengandungi maklumat yang dikirimkan dari penulis yang menghantar kepada yang menerima (1).
- Bangunan kecil atau rumah yang digunakan sebagai tempat solat, ibadat, ceramah (biasanya lbh kecil dari masjid) (1).
- "Air pun ada pasang .....nya, takkan pasang selalu dan ..... senantiasa" (1).
- Dicampakkan atau diselerakkan cth. serbuk perasa di..... sedikit pada gulai kari yg sedang dimasak (1).
- Tumpul lawanya .....; orang Jawa kata 'lancip' (1).
- Gentar (gerun, ngeri) cth. Ateng berasa ..... untuk melalui jalan sepi itu pada waktu malam (1).
- Sikap yang selalu ingin memperoleh sesuatu yang banyak untuk diri sendiri; haloba, serakah (1).
- Kawasan yg menempatkan berbagai tanaman hiasan, bunga dan unsur-unsur alam; kebun bunga (tempat yg sesuai untuk beristirahat) (1).
- Bahagian permukaan bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik. Ianya sangat penting peranannya bagi semua kehidupan di bumi, kerana ia mampu mendukung kehidupan tumbuhan di mana tumbuhan menyediakan makanan dan oksigen kemudian menyerap karbon dioksida dan nitrogen (1).
- Dgn tiada, tidak dgn, tidak ber cth. ..... menoleh ke belakang dia terus berjalan pergi (1).
- Perlu ragi untuk membuat ..... (1).
- Bidang kaki sebelah bawah (kasut, tangan); langkah cth. se..... dia melangkah, rusa yg diburu lari bertempiaran (1).
- Saring (1).
- 'Pull' (1).
- Kawasan yang dipenuhi air dan dikelilingi oleh daratan (1).
- Tipis lawannya ..... (1).
- Tanpa klu, terus ke perkataan → TEKUN (1).
- Memasukkan ke dlm perut melalui kerongkong (1).
- Bahagian laut yg menganjur masuk ke darat; serokan (1).
- "..... dua sebandung, pecah satu pecah kedua." Maksud: Orang yang satu hati, sehidup semati (1).
- Tanpa klu, terus ke perkataan → TEMAN (1).
- Kacang soya yang telah melalui proses penapaian dan merupakan makanan yang pada asalnya dihasilkan oleh orang Jawa (1).
- Betul (arahnya, tujuannya) cth. anak panah itu ..... mengenai sasaran (1).
- Tanpa klu, terus ke perkataan → TERUS (1).
- Mahkota berbentuk separuh bulat dan bertatah intan permata (1).
- Tanpa klu, terus ke perkataan → TIDAK (1).
- Keadaan rehat semula jadi badan (1).
- Hamparan dari anyaman daun mengkuang dll, yang dibentangkan sebagai alas duduk, tidur dan sebagainya (1).
- "Seperti ..... membaiki labu" yg bermaksud: Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui, akhirnya semakin rosak (1).
- Merupakan lapik tidur saiz besar berbentuk segi empat yang kebiasaannya diletakkan di atas katil (1).
- Tindih (1).
- Cucumis sativus, sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran. Biasa kita panggil ..... (1).
- Tebal lawannya ..... (1).
- Sejenis haiwan bercangkerang (kerang-kerangan) dengan kulit yang agak leper. Dagingnya memiliki kalori yang rendah dan isinya mengandung kalsium dan vitamin A. Ia terkenal kerana berupaya menghasilkan mutiara secara semulajadi (1).
- Dorong, sorong (1).
- 'Change' (1).
- Membawa maksud sesuatu yang merebak (kalau zaman sekarang kata ini sering dikaitkan dgn bahan di medsos, 'viral' ongputih kata) (1).
- Bahagian paling belakang di telapak kaki (1).
- Menarik sesuatu di belakang dgn tali, rantai dll; juga bermaksud ditangguh (1).
- Haiwan mamalia kecil yg berkemampuan bergerak dengan pantas dan laju di antara satu pokok dan satu dahan ke destinasi yang lain. Orang Jawa panggil 'bajing' (1).
- "Ada ..... di sebalik batu" Maksud: Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan (1).
- Campuran berbagai-bagai jenis gas yg terdapat di atas muka bumi (1).
- Sesuatu yg dilekatkan pd kail (di bubuh pd perangkap dll) utk memikat atau menangkap ikan (binatang dll) (1).
- Sejenis haiwan yg panjang tangannya, yg termasuk dalam keluarga mawas kecil (1).
- Terpenting (1).
- Muka, paras rupa (1).
- Memang begitu, sebagaimana biasa (tidak dibuat-buat, ditambah-tambah, dll), patut (1).
- Rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa cth. kedengaran azan menandakan sudah sampai ..... Subuh (1).
- Spektrum tertentu yang terdapat di dalam suatu cahaya (1).
- Dari segi bahasa ia bererti bersih, suci, subur dan berkembang. Manakala dari segi syarak, ..... ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya; rukun Islam ketiga (1).
- "Raja adil raja disembah, raja ..... raja disanggah" (1).
- Jangka masa (sama ada panjang atau pendek), tempoh atau jangka masa tertentu. cth. pada ..... dahulu kala (1).
- Suatu entiti paling kecil, lebih kecil dari atom (1).
- Kuda belang (1).
- (531) perkataan tersenarai di kamus TKHI. Dikemaskini dari semasa ke semasa

Ulasan