Lelaki Terkuat Dunia

Siapakah orang terkuat di dunia?
Hang Kebun..

..okay, serius.

Bila memperkatakan tentang orang kuat, berbagai 'kuat' yang kita boleh terfikir. Bukan hanya orang kuat mengangkat berat, 'orang kuat' juga boleh merangkumi orang kuat bekerja, kuat beribadat, kuat bermain, kuat bergaduh hinggalah kepada orang kuat makan dll.

Rasulullah SAW bersabda:
"Orang kuat bukanlah orang yang sering menang berkelahi, akan tetapi orang kuat adalah orang yang mampu mengendalikan hawa nafsunya ketika marah."
(Hadis dari Abu Hurairah RA)

'Lelaki Terkuat Dunia'

Senarai 5 orang yang pernah menyandang gelaran 'Lelaki Terkuat Dunia' di pertandingan WSM yang diadakan setiap tahun.

Zydrunas Savickas. Gambar: sportsbrief.com
1. Zydrunas Savickas ialah juara WSM empat kali (2009, 2010, 2012, 2014) dan tidak pernah menamatkan saingan di luar 3 teratas. Beliau juga merupakan juara 14 kali acara Orang Terkuat Lithuania.

Mariusz Pudzianowski. Gambar: sportsbrief.com
2. Sensasi Poland ini mempunyai gelaran Lelaki Terkuat Dunia (5 kali) paling banyak berbanding atlet lain. Selain itu, dia mempunyai rekod luar biasa iaitu 42 kemenangan daripada 59. Mariusz Pudzianowski juga telah dipilih ke dalam 'Dewan Kemasyhuran Lelaki Terkuat Dunia' WSM.

Bill Kazmaier. Gambar: sportsbrief.com
3. Atlet Amerika Bill Kazmaier mempunyai tiga gelaran Lelaki Terkuat Dunia (1980, 1981, 1982). Kazmaier juga antara empat atlet yang dipilih ke dalam 'Dewan Kemasyhuran Lelaki Terkuat Dunia'. Bagaimanapun, Kazmaier telah dihalang daripada bertanding pada pertengahan 1980-an.

Patrik Baboumian. Gambar: sportsbrief.com
4. Patrik Baboumian ialah orang kuat kelahiran Iran, Armenia-Jerman dan bekas ahli bina badan. Dia memegang gelaran "Lelaki Terkuat Jerman", dan rekod dunia untuk angkat balak dalam kategori 105k (165 kg). Lelaki berusia 34 tahun itu juga merupakan salah seorang juara global makanan vegan.

Brian Shaw. Gambar: sportsbrief.com
5. Brian Shaw adalah seorang atlet Amerika yang telah melakukan perkara yang menakjubkan yang tidak dapat dilakukan oleh manusia biasa. Beliau mempunyai empat gelaran WSM (2011,2013, 2015, 2016). Shaw juga antara pesaing Lelaki Terkuat Dunia 2022.

Senarai dipetik dari SPORTS BRIEF

Ulasan