Seorang penjinak ular yang marah di Uttar Pradesh, utara India, telah melepaskan berpuluh-puluh ekor ular di sebuah pejabat kerajaan, mencetuskan keadaan panik dan huru-hara.
Penjinak ular berkenaan, Hakkul, berasal dari kampung Lara di daerah Basti, membuang ular, termasuk beberapa ekor ular tedung di pejabat hasil tanah di bandar Harraiya pada hari Selasa.
Ramai penduduk kampung dan pegawai-pegawai berasa sangat cemas, berlari keluar dari pejabat, sementara itu ada yang naik ke atas meja.
Tiada seorang pun telah dipatuk atau cedera tetapi ular-ular berkenaan belum ditangkap.
Hakkul biasanya dipanggil bila-bila masa ular dikesan di kawasan itu dan dia telah menyelamatkan banyak nyawa sejak bertahun-tahun, Mazhar Azad, seorang wartawan tempatan, memberitahu BBC.
Hakkul telah membuat petisyen di beberapa pejabat kerajaan sejak bertahun-tahun, menuntut sebidang tanah di mana dia boleh "memelihara" ular-ularnya itu.
Menurut Mazhar, Hakkul telah juga membuat petisyen kepada presiden.
Hakkul berkata permintaannya telah diluluskan oleh pihak atasan tetapi pegawai-pegawai tempatan terus melambat-lambatkannya.
Pada hari Selasa, Hakkul datang ke pejabat hasil tanah dengan sekumpulan penyokong dan mengosongkan karung-karung yang mengandungi ular berbisa.
"Ular memanjat meja dan kerusi pejabat tersebut yang sedang penuh, terdapat hampir 100 pegawai dan kerani dan ramai pengunjung," kata Mazhar.
"Terjadi huru-hara selama beberapa jam. Sesetengah orang mula mengambil gambar dengan kamera telefon mereka, yang lain cuba untuk menutup ular. Ada yang mengambil kayu dan mahu memukul Hakkul."
Mazhar berkata Hakkul dan orang-orangnya melarikan diri dalam kekecohan itu dan masih belum ditangkap.
– Begitu juga ular-ular yang masih bersembunyi di dalam bangunan. #BBC

Ulasan