Gaddafi: Saat akhir sebelum kematiannya

Gaddafi, seorang diktator yang pernah digelar ‘The King of Kings of Africa’, diberitakan telah mati.

Jangan tembak! Diktator berkenaan memohon kepada pejuang pemberotak apabila dipaksa keluar dari lubang saluran longkang. Bagaimanapun, beliau akhirnya mati dibunuh.

Di bawah, beberapa gambar petikan video dan video yang dirakam menggunakan kamera telefon bimbit,

Perhatian: Gambar dan video boleh mengganggu sesetengah pihak. Lihat dengan risiko sendiri.

Gaddafi masih hidup ketika ditawan oleh
tentera pejuang pemberotak.

Gaddafi ditolak ke sebuah ke sebuah
trak oleh pejuang pemberontak

Berlumuran darah, Gaddafi yang
telah hilang kuasa.

Pistol emas yang dirampas dari Gaddafi
dan Gaddafi yang tidak lagi bernyawa.

Orangramai mengeliling mayat Gaddafi.

Mayat Gaddafi di sebuah rumah di Misrata. Beliau dijangka akan
dikebumikan dalam satu pengkebumian yang dirahsiakan.

Mayat Mutassim, salah seorang anak lelaki Gaddafi.

Lubang di mana Gaddafi bersembunyi bersama pengawal-pengawalnya.


Riwayat seorang pemerintah yang kejam mula berakhir apabila beliau dan pejuang setianya cuba untuk melarikan diri dari Sirte yang telah diambil alih oleh tentera Majlis Peralihan Negara. Pada awal pagi semalam Gaddafi bersama konvoi sehingga 100 buah kenderaan cuba keluar dari Sirte - benteng pertahanan terakhir beliau selepas lapan bulan berlakunya perang saudara.

Bagaimanapun, usaha mereka untuk melarikan diri itu dikesan oleh pihak NATO yang segera melancarkan dua serangan peluru berpandu Hellfire dari pesawat Predator drone. Sekurang-kurangnya 50 pejuang setia Gaddafi terbunuh.

Konvoi tidak musnah sepenuhnya. Beberapa orang pejuang setia dan pengawal peribadi Gaddafi terselamat. Kolonel Gaddafi yang menaiki kenderaan 4x4 yang dikatakan kebal juga terselamat dengan mendapat kecederaan di kaki. Gaddafi dan pengawal peribadinya melarikan diri melalui pokok-pokok dan bersembunyi di dalam dua pembetung konkrit yang kemudiannya ditemui dan dikepung oleh pejuang pemberontak.

Lima orang pengawal peribadi terbunuh ketika bertempur untuk melindungi Gaddafi. Biarpun terselamat dan ditawan, Gaddafi tak lama kemudian menemui ajalnya di tangan pejuang pemberontak.

Sumber: Mail Online

Seorang anak lelaki Gaddafi yang juga pewaris 'tahta', Saif al-Islam, 39, masih menyembunyikan diri. Dia dan bapanya dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas tuduhan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan.

Mutassim Gaddafi menghisap
rokok terakhirnya, telah mati dibunuh.
Dua orang lagi anak Gaddafi - Saif al-Arab dan Khamis - telah terbunuh dalam konflik tersebut. Saif, 29, meninggal dunia dalam serbuan pengeboman NATO di Tripoli manakala Khamis, 28, terbunuh dalam pertempuran berhampiran ibukota pada bulan Ogos.

Empat orang anak Gaddafi selamat selepas melarikan diri dari Libya. Bekas pemain bola sepak Saadi, 38, berada di Niger di mana dia masih bersembunyi. Hannibal, 36, dan Mohammed, 41, dan anak perempuan Gaddafi, Aishah, 34, melarikan diri ke Algeria apabila mereka diberi perlindungan oleh kerajaan di sana bersama-sama Safia isteri Gaddafi.

Mutassim, seorang lagi anak lelaki Gaddafi yang menjadi pegawai tertinggi tentera juga telah mati dibunuh. Dia yang masih hidup ketika ditangkap hanya mendapat cedera ringan dan dibawa ke hospital. Bagaimanapun, dia kemudian dilihat terbaring mati di atas usungan dengan kesan tembakan di leher dan di perut. Persoalan timbul bagaimana dia boleh mati sedangkan dia ditangkap hidup.

Sumber: The Sun

Pejuang pemberontak pun 2x5, macam Gaddafi juga. Buat undang-undang sendiri.. bunuh orang yang tidak lagi mampu melawan tanpa dibawa ke pengadilan. Sia-sia saja ICC mengeluarkan waran tangkap ke atas Gaddafi.

Apakah Libya akan benar-benar aman selepas ini??


Seorang pemuda dijulang, memegang
pistol emas Gaddafi.

Ulasan

Razf berkata…
Ya Allah tragisnye kematian dia..
Lia Irdelia berkata…
x sanggup tengok..
huuh..