Planet berlian

Pada 30 Ogos 2004 sebuah lagi planet di luar Sistem Suria ditemukan. Digelar 55 Cancri e, planet ini juga dikenali sebagai Janssen. Berukuran dua kali sais Bumi, ia diperkirakan mampu mengorbit bintangnya dalam masa sekitar 2.8 hari.


Gambaran Cancri 55 e

Planet ini berkemungkinan besar terkunci pasang surut, bermakna terdapat sisi siang yang kekal dan sisi malam yang kekal. Kemungkinan alternatif ialah 55 Cancri e adalah planet pepejal yang diperbuat daripada bahan kaya karbon dan bukannya bahan kaya oksigen yang membentuk planet terestrial. Apa yang menariknya dalam kes ini ialah, kira-kira satu pertiga daripada jisim planet berkenaan terdiri dari sebatian padat karbon atau lebih kita kenali sebagai berlian. Mak ai.

Selain dari jaraknya yang 40 tahun cahaya dari Bumi, suhu di planet ini secara purata dianggarkan boleh melebihi 1,700 darjah celsius (3,100 darjah fahrenheit) dengan suhu maksimum 2,300 darjah celsius (4,172 darjah fahrenheit), cukup panas untuk mencairkan besi. #Wikipedia
- Jadi.. jangan mimpi nak bawak cangkul ke sana.

Ulasan