Isnin, 28 April 2014

Tip-tip mendapatkan foto yang lebih baik dari kamera henfon

Sebut tentang foto yang baik tentu lah kita boleh menjangka bahawa kamera ('standalone camera', DSLR terutamanya) menghasilkan foto yang lebih baik dari kamera henfon. Itu adalah jangkaan pada kadar; guna kamera dengan setting yang tepat dan teknik yang baik vs guna kamera henfon dengan setting yang tepat dan teknik yang baik.

Bagaimana pula jika guna kamera dengan setting yang tidak tepat dan teknik yang kurang baik vs guna kamera henfon dengan setting yang tepat dan teknik yang baik? Pada kadar ini kita mungkin boleh menemukan gambar yang lebih baik, dari sebuah kamera henfon.

Okay la, di sini bukan saya nak buat perbandingan kamera dan kamera henfon. Saya nak bagi tip bagaimana hendak mendapatkan mutu foto yang maksima dari kamera henfon kita. Tip-tip ni saya petik dari beberapa laman web berkaitan. (Yang sebenarnya saya pun bukan arif sangat dalam hal ini.. jeng jeng jeng)

Kenali kamera hefon anda

Ketahui kemampuan kamera henfon anda. Kamera yang menghasilkan gambar di atas piksel yang lebih banyak adalah yang lebih baik. Pada umumnya jumlah piksel mempengaruhi 'ketajaman' gambar.

Kanta bersih

Kanta kamera henfon hendaklah bersih. Buang habuk atau sebarang kotoran menggunakan kain lembut yang kering.

Jangan goyang

Gambar akan terjejas sekiranya diambil dengan tangan yang terketar-ketar atau bergoyang. Jika pun kamera henfon anda mempunyai 'image stabilizer', kemampuannya agak terhad. Cuba mengambil gambar dengan henfon benar-benar pegun. Mengikut pergerakan objek yang bergerak pantas (contoh, kereta melintas di depan anda) untuk merakamnya memerlukan kestabilan yang tinggi. Kurang sesuai menggunakan kamera henfon.

Elak zoom

Elak dari menggunakan zoom (zoom digital) kerana ia akan memudarkan gambar. Hanya gunakan zoom optikal (sekiranya ada).

Pastikan fokus

Biasanya fokus auto kamera henfon agak lambat memokus dan kadangkala tidak tepat terutama bila mengambil gambar objek kecil dari jarak dekat. Pilih sudut serta jarak yang sesuai dan tunggu beberapa saat sehingga objek benar-benar terfokus baru klik untuk mengambil gambar.


Gambar yang lari fokus.


Gambar belalang, lebih terfokus ke daun lalang.

Guna cahaya semulajadi

Sebaiknya jangan gunakan flash. Biarkan cahaya semulajadi (cahaya matahari) menerangi objek yang hendak dirakam. Menggunakan cahaya semulajadi biarpun redup (contohnya di bawah pohon yang rendang) akan menghasilkan warna gambar yang lebih realistik berbanding menggunakan cahaya lampu. Bagaimanapun, jangan mengambil gambar objek berlatarbelakangkan tepat ke matahari. Kecuali la anda sememangnya hendak mengambil gambar matahari.

Edit

Jangan edit gambar menggunakan aplikasi di henfon kerana pemprosesnya agak terhad. Edit menggunakan aplikasi seperti Lightroom, Photoshop ataupun Picasa 3 di komputer.


Gambar tebuan yang saya rakam di satu kawasan semak pada waktu petang. Guna kamera henfon. Crop dan ubah kontras di Picasa 3. Tak tinggal, signature tu saya taip di Microsoft Paint.

2 ulasan:

  1. handphone canggih skang..hehehe nice sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la, henfon sekarang boleh jadi memacam

      Padam