Rabu, 6 November 2013

Paruresis, fobia tak boleh kencing

Semasa anak lelaki ku berumur di antara lapan hingga sepuluh tahun, susah baginya untuk membuang air kecil di luar rumah baikpun di tandas sekolah, tandas awam atau di tandas di rumah saudara-mara. Maunya kencing hanya di rumah. Jika di rumah pun dia akan minta dipadamkan lampu tandas ketika dia membuang air. Tabiatnya yang pelik dan mengada-ngada tu memang menyusahkan.

Dari apa yang ku terbaca, seseorang yang punya masalah begini sebenarnya menghidapi sejenis fobia yang dipanggil Paruresis. Penghidapnya mengalami kesukaran kencing dalam keadaan di mana dia terasa orang lain berdekatan. Perasaan malu berlebihan, takut terdedah atau takut dihakimi kerana tidak dapat membuang air kecil menyumbang kepada fobia ini.

Dalam kes-kes yang teruk, seseorang yang menghidap paruresis boleh membuang air kecil hanya apabila bersendirian di rumah. Jika di luar rumah sesetengah dari mereka menahan diri dari minum banyak air, menahan kencing, atau menyewa sebuah bilik penginapan yang punya bilik air hanya kerana hendak membuang air kecil. Paruresis memberi kesan yang sangat menyekat dalam kehidupan seseorang. Mengatasi paruresis yang serius boleh menjadi sangat sukar tanpa bantuan ahli psikologi, ahli terapi atau kumpulan sokongan.

Kalau tandas mini mcm ni, aku pun boleh fobia.
Gambar dari RyanHellyer.net
- Anak ku yang ku ceritakan tadi dah berumur hampir tiga belas tahun, tidak ada lagi fobia tak boleh kencing sejak dua tahun kebelakangan ini. Malah kini, dalam kes ermejensi, kencing bawah pokok pun jadi. Tiada lagi paruresis walaupun tak pernah ku hantar berjumpa ahli psikologi atau ahli terapi. Fobianya hilang mungkin kerana dia sering mendapat 'terapi' secara tak langsung dari ibunya dan aku sendiri. Mungkin juga kerana dia pernah beberapa kali mengalami keadaan terdesak di mana dia tidak boleh lagi menahan kencingnya – mana mungkin jika kami sekeluarga berada jauh, di Johor Baharu misalnya, menghantarnya pulang ke rumah di Muar hanya untuk buang air kecil!!

2 ulasan:

  1. owhh semoga dia dipermudahkan...amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Dah hilang fobianya. Semuga jangan hilang malunya pulak.Dah.. bersepah kang.

      Padam