Sabtu, 28 September 2013

Harga minyak naik lagi?

Cerita harga minyak naik lagi ni aku dapat tau petang semalam. Bukan dari fb tapi dari seorang tauke sebuah kedai runcit di mana ku singgah membeli barang dapur.

Ketika menerima baki wang pembayaran maka bertanya la tauke kedai tu kepada ku: "Dah isi penuh minyak kereta?"

"Kenapa bang?", aku tanya balik. "Eh, awak tak tau ke BESOK minyak dah naik lagi? Orang sibuk-sibuk isi minyak", katanya.

Aku yang sebenarnya terkejut dengan tersengih selamba menjawab, "Takpe lah. Isi penuh pun bukan boleh pakai berbulan. Ye tak bang."

Semasa nak keluar dari kedai tu aku terdengar dia berkata kepada seorang lelaki yang berada di situ : "Kalau dulu, masa anuwar mana ada minyak naik. Sekarang.." !?

- Sampai la entri ni ku taip malam ni, takda pun aku terdengar atau terbaca pengumuman rasmi harga minyak naik lagi. Tak tau lah kalau minggu depan, bulan depan atau tahun depan.

Harga minyak mentah dunia. Dipetik dari Pure Shiite
Aku bukan pandai sangat nak bercakap tentang ekonomi dan harga minyak. Banyak istilah dalam ekonomi yang tak pun ku faham dengan jelas. Tapi aku terbaca apa yang diterangkan di blog Pure Shiite, yang ku rasa boleh menjawab kepada persoalan 'Kalau DULU..' Lihat le carta di atas tu.

Harga RON95 baru saja naik 20 sen belum sampai sebulan yang lalu, macamana boleh ada khabar angin harga minyak naik lagi pada hari ini? Lihat di mymassa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan