Jumaat, 16 Ogos 2013

Tidur-memandu

Gambar hiasan. Google Images.
Berita ni ku terbaca di The Huffington Post.
Beeegini lah lebih kurang beritanya (terjemahan):

Seorang wanita New Zealand telah memandu beratus-ratus kilometer semasa tidur, menghantar teks dari telefon bimbitnya di sepanjang jalan, kata polis hari ini.

Polis berkata, mereka menerima panggilan kecemasan sejurus selepas tengah malam Rabu dari rakan wanita berkenaan, yang dilaporkan telah menghilangkan diri dengan keretanya selepas mengambil ubat tidur.

Bila diberitahu bahawa wanita berkenaan pernah tidur-memandu 10 bulan sebelum ini, polis segera mengarahkan kereta peronda mencari kereta terbabit, sebuah hatchback berwarna perak. Polis mula menjejaki wanita itu melalui telefon bimbitnya.

Mereka berkata data menunjukkan telefonnya sedang 'on' dan dia telah menghantar teks ketika dia memandu dari rumahnya di Hamilton, ke bandar tepi pantai Gunung Maunganui melalui Auckland, jarak perjalanan yang hampir 300 kilometer.

Selepas lima jam di jalan raya, dia akhirnya memperlahankan keretanya ke jalan masuk rumah lama di mana dia pernah tinggal, dengan tiada ingatan apa-apa semasa persinggahannya itu.

"Kami telah memohon perintah segera melarang beliau memandu dan mendapatkan nasihat perubatan tentang kesesuaian beliau untuk kekal memegang lesen memandu beliau," kata senior sarjan, Dave Litton.
#HUFFPOST WORLD

- Hah! Tengok tu. Jangan anggap berita ini berita terpencil yang hanya boleh berlaku kepada orang lain di luar negara. Tak banyak sikit hal yang hampir serupa seperti ini mungkin boleh berlaku kepada kita.

Berwaspada lah bila memandu di waktu malam terutama dalam perjalanan yang jauh. Jangan sampai kita tertidur dengan mata tercelik sambil memegang stereng. Tau-tau dah sampai tol baru sedar. Itu kira takpe la jugak. Kalau tau-tau dah masuk gaung!?

Jadi, bila terasa letih dan terlalu mengantuk semasa memandu, berhenti lah di tempat yang sepatutnya seperti di tempat rehat lebuhraya untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan