Kad hari raya

Imej kad Selamat Hari Raya Aidilfitri. Google Images.
Kalau dulu-dulu, masuk saja bulan Ramadhan kita sudah mula sibuk menghantar atau menerima kad raya kepada/dari keluarga, saudara mara dan rakan taulan. Yang pakwe-makwe pun tidak ketinggalan saling mengirim.

Tapi itu dulu. Sekarang mana popular lagi.. nak beli kad raya, beli stem, tulis pantun atau beberapa baris ayat yang sesuai sempena hari raya, kemudian poskan kad. Ada? Kalau ada pun mungkin tak ramai lagi yang berbuat demikian.

Sekarang dah zaman internet. Semua main online kirim kad raya. Tak sampai beberapa detik imej kad raya yang kita kirimkan boleh sampai ke email orang yang kita tuju. Atau kita boleh upload imej kad raya kita ke akaun laman-laman web sosial masing-masing seperti Facebook ke Twitter ke.

Boleh juga pakai henfon hantar MMS. Atau paling tidak pun, kita boleh SMS saja beberapa patah perkataan menyatakan ucapan selamat hari raya kita. Mudah bukan? Cara-cara yang lebih mudah dan pantas ini lah yang menjadikan menampal stem untuk mengirim kad raya tidak lagi popular sebagaimana dulu-dulu.

- Nak cari imej kad kad raya? Gugel je kat SINI

Ulasan